BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Cipta Tiga Rekod Bersejarah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,147
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,147
Reaction score
346
Points
141

Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Cipta Tiga Rekod Bersejarah​

7afc83ed4d148f017edd7976c11d644e6a7c79ae7da0f

6e6dc3424bb9589f6b8c8261e64329936a7c795e1f675

2e0a649ae4064b4381241972f43526326a7c7a03cbc1b

4acfa715b407f716d0bdfb57f020b87c6a7c7a3c6a1b2

Kredit : FB Dr. Mahathir bin Mohamad

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengukir sejarah apabila dianugerahkan tiga rekod rasmi yang mengiktiraf usia panjang dan status unik mereka sebagai pasangan suami isteri.

Dr Mahathir yang berusia 101 tahun diiktiraf oleh ASEAN Records sebagai Bekas Perdana Menteri Masih Hidup yang Tertua, manakala Dr Siti Hasmah, 100, mendapat pengiktirafan sebagai Pasangan kepada Bekas Perdana Menteri Masih Hidup yang Tertua.

Pasangan itu turut menerima pengiktirafan ketiga secara bersama di bawah ASIA Records sebagai Bekas Ketua Kerajaan Pertama dan Pasangan yang Mencapai Usia "Centenarian".

Dalam hantaran Facebook Dr Mahathir, pengiktirafan bersejarah itu disampaikan pada satu majlis yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam, sekali gus menandakan bulan yang penuh dengan pencapaian istimewa bagi pasangan itu.

Dr Mahathir meraikan ulang tahun ke-101 pada 10 Julai, manakala Dr Siti Hasmah menyambut hari kelahiran ke-100 pada 12 Julai, dan 5 Ogos lepas ialah hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70.

Pengesahan oleh pasukan pengadil mendapati tiada pencapaian setara yang direkodkan secara umum di rantau ASEAN dan pasaran utama Asia.

Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat ASEAN Records Tan Sri Danny Ooi, diiringi oleh Ketua Pengadil Gillian Ooi dan Eldrick Koh, yang juga Pengarah ASEAN dan ASIA Records.

 
Back
Top
Log in Register