BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Penjara Tingkat Keselamatan, Guna Teknologi Tangani Ancaman Dron

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Jabatan Penjara Tingkat Keselamatan, Guna Teknologi Tangani Ancaman Dron​

3e5aead9e0816e2c71d9a996cb23f6be6a5dc4be1a5df


Jabatan Penjara Malaysia akan mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk penggunaan teknologi, pemantauan risikan dan rondaan bagi menangani ancaman baharu bagi tujuan jenayah.

Langkah proaktif itu diambil susulan kejayaan jabatan berkenaan mengesan dan menggagalkan satu cubaan menyeludup masuk barang larangan menggunakan sebuah dron ke dalam Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka, 15 Julai lepas.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga sedang melaksanakan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sekiranya terdapat penglibatan mana-mana penghuni atau pihak lain berhubung insiden tersebut.

"Hasil pemantauan dan kawalan keselamatan pihak penjara, aktiviti mencurigakan itu berjaya dikesan sebelum satu laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil.

"Kerjasama erat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan institusi penjara sentiasa berada pada tahap tertinggi serta sebarang cubaan membawa masuk barang larangan dapat dicegah secara berkesan," menurut kenyataan itu.

Susulan laporan berkenaan, PDRM telah menjalankan operasi dan berjaya menahan dua individu warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu serta merampas beberapa barangan berkaitan.

Terdahulu pada Jumaat lepas, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan penahanan seorang lelaki dan wanita berusia 46 dan 27 tahun dalam serbuan di Taman Kris Satria, Sungai Udang susulan cubaan menyeludup masuk tembakau ke dalam penjara berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau itu mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi pendaratan, dipercayai hasil pakatan dengan seorang banduan.

Jabatan Penjara menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang atau salah laku yang boleh menjejaskan ketenteraman institusi penjara.

 
Back
Top
Log in Register