BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Individu Ditahan Cuba Seludup Tembakau Ke Penjara Guna Dron

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Dua Individu Ditahan Cuba Seludup Tembakau Ke Penjara Guna Dron​

ac15b545f4d8393fcfa7fa4b2260fb706a5a2b3fe3c53

Kredit: IPD Melaka Tengah

Polis menahan dua individu selepas dipercayai cuba menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang menggunakan dron dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kris Satria, Sungai Udang, Rabu lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 46 dan 27 tahun ditahan kira-kira 4 petang susulan laporan polis yang diterima pada 3.10 petang hari sama.

Beliau berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka dengan kerjasama Balai Polis Sungai Udang.

"Hasil pemeriksaan di lokasi telah membawa kepada rampasan beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut termasuk peralatan dron, bahan yang disyaki untuk diseludup, peranti komunikasi serta lain-lain barangan berkaitan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi pendaratan sebelum menyeludup masuk tembakau kepada seorang banduan.

Beliau berkata siasatan turut mendapati kegiatan itu dipercayai dilakukan hasil pakatan dengan seorang banduan dan usaha mengesan individu terbabit sedang dijalankan dengan kerjasama pihak Penjara Sungai Udang.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

"Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 12 rekod jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah, manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 58 Akta Penjara 1995 kerana kesalahan berkaitan membawa masuk barang larangan ke penjara.

 
Back
Top
Log in Register