BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kebakaran Hutan Di Bukit Jenal Berlaku Kali Kedua, Bomba Tingkat Pemantauan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
41c84b847e90cab9c5be0a0555e3acc569cf696428990

Kredit: BBP Kuala Krai

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai akan meningkatkan pemantauan dengan lebih kerap susulan kebakaran hutan buat kali kedua di Jalan Batu Balai, Kampung Batu Mengkebang (Bukit Jenal), di sini, hari ini.

Ketua BBP Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata pihaknya akan melakukan pemantauan dalam tempoh dua atau tiga hari sekali dengan melibatkan tiga anggota yang bertugas ke lokasi kejadian.

"Dalam kejadian hari ini pula, pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 11.26 pagi tadi berhubung kebakaran hutan Bukit Jenal di lokasi yang sama pernah berlaku sebelum ini pada Ahad lepas.

"Berikutan kejadian berulang ini, kita anggarkan kira-kira 0.4 hektar hutan di Bukit Jenal telah terbakar dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang berhampiran dengan kawasan hutan terbakar tersebut bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sementara itu, suri rumah, Siti Nurfaezah Ab Manaf, 35, berharap pihak berkuasa akan terus memantau kawasan berkenaan kerana jalan tersebut merupakan antara laluan utama penduduk untuk melakukan urusan harian ke bandar Kuala Krai dengan jarak kira-kira 13 kilometer dari Kampung Batu Mengkebang.

 
Back
Top
Log in Register