BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Guna Kaedah Bom Air Padam Kebakaran Hutan Samunsan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Bomba Guna Kaedah Bom Air Padam Kebakaran Hutan Samunsan​

eb4d5941e1588143a6378a4f1910befa6a8947ca24f43

be86992943f9866eb2aaaeb76e9d1f0d6a8947d662e1c

Kredit: JBPM Sarawak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini melaksanakan operasi pemadaman menggunakan kaedah pengeboman air bagi membantu memadam kebakaran di Hutan Simpan Samunsan, Lundu yang memasuki hari ketiga.

JBPM Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi itu melibatkan helikopter Unit Udara Bomba dari Miri.

"Operasi pengeboman air dijalankan pada hari ketiga bagi membantu memadam kebakaran di kawasan yang sukar diakses melalui laluan darat," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pihak JBPM menerima laporan bahawa kira-kira dua hektar kawasan hutan simpan terbabit terbakar berdasarkan pemantauan menggunakan dron milik Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Bagaimanapun, pasukan bomba menghadapi kekangan dalam operasi pemadaman api di kawasan itu antaranya laluan masuk ke lokasi kebakaran yang terletak kira-kira satu kilometer dari jalan besar, selain ketiadaan sumber air dan keadaan kawasan yang berbukit.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan turut dibantu oleh sembilan pegawai SFC, masing-masing tiga daripada Jabatan Alam Sekitar serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar.

JBPM Sarawak memaklumkan maklumat berhubung operasi pemadaman dan pemantauan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

 
Back
Top
Log in Register