BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penternak ikan rugi, helikopter ambil air kolam padam kebakaran hutan​

geli-ikan.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan beberapa ekor ikan yang mati akibat tertekan. - TikTok

JAKARTA  – Seorang pemilik kolam ikan di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan rugi apabila pengambilan air oleh helikopter dari kolamnya untuk memadam kebakaran hutan dan tanah menyebabkan beribu-ribu ikan mati akibat tertekan, lapor portal berita Lambe Turah.

Pemilik kolam bernama H. Ahmad Jailani berkata, operasi menggugurkan air dari udara atau ‘water bombing’ untuk memadamkan  kebakaran hutan dan tanah di kawasan itu menjejaskan perniagaannya.

“Pengambilan air mengurangkan paras air kolam dengan ketara, yang kemudian menyebabkan tekanan kepada beribu-ribu ikan sehingga mati.

“Pengambilan air ini dijalankan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Perniagaan saya mengalami banyak kerugian,” kata Ahmad.

Selain beribu-ribu ikan mati, penggantungan operasi turut menjejaskan kelangsungan mata pencarian.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sebuah helikopter yang mengambil air dari kolam ikan Ahmad baru-baru ini.

“Ini keadaan darurat. Air kolam renang juga diambil kerana darurat,” kata seorang netizen. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register