BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternak Ikan Air Tawar, Udang Gusar Episod Kolam Kering Kontang 1998 Berulang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Penternak Ikan Air Tawar, Udang Gusar Episod Kolam Kering Kontang 1998 Berulang​

0cb1dda3f69b1e85e627b8ffc7b0b12269ca2553500f8

82e6a98cca1001c30d0eb62be576357269ca257ee9db6

195ccbb0923473a25591a414d8b03afb69ca259464d60

KANGAR, 30 Mac -- Pengusaha kolam ternakan ikan air tawar dan udang galah, Bakri Derani, 60, meninjau keadaan kolam ikan yang mulai susut mendadak berikutan fenomena cuaca panas kering berpanjangan ketika tinjauan di Kolam Memancing ABE Sungai Batu Pahat di sini, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Fenomena cuaca panas berpanjangan yang melanda negara kini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengusaha ternakan ikan air tawar dan udang galah di Perlis.

Bakri Derani, 60, pengusaha kolam memancing ABE di Sungai Batu Pahat berkata siatuasi cuaca panas ketika ini lebih membimbangkan berbanding peristiwa el Nino pada 1998.

Menurutnya, ketika kejadian 28 tahun lepas, walaupun kolam ternakan udang galah dan ikannya kering kontang akibat bekalan air terjejas, masih terdapat sumber air dari lereng bukit, berbeza dengan situasi dialami sekarang ini.

“Sepanjang tempoh empat bulan, ini kali pertama saya lihat sumber air dari bukit kering. Ia memberi kesan besar kepada kolam ternakan saya.

"Saya mulai bimbang kerana paras air kolam kini susut mendadak, daripada kedalaman kira-kira 2.1 meter kepada 1.5 meter, kolam saya berisiko kering sepenuhnya jika cuaca panas ini berterusan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Pada 25 Mac lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat Daya pada Jun.

Menurut Ambun bacaan suhu tertinggi negara pernah direkodkan di Chuping, Perlis iaitu 40.1 darjah Celsius pada 1998 yang berlaku ketika fenomena el Nino.

Sementara itu, Bakri berkata ribuan ekor ikan atau kira-kira 25 tan ikan air tawar ternakannya terdiri daripada rohu, tilapia, puyu dan patin di lima kolam, serta 10 tan udang galah dalam satu kolam berasingan berisiko terjejas akibat kekurangan air dan peningkatan suhu.

 
Back
Top
Log in Register