BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Lemas Cuba Selamatkan Anak Jatuh Kolam Ikan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Bapa Lemas Cuba Selamatkan Anak Jatuh Kolam Ikan​

1ada9e02195dd74e7a7085890098525269a1aa80a0e05

Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman

Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, Raub hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa, Mohamed Hafidz Che Din, 46, kira-kira 3 petang tadi.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, Mohamed Hafidz terjun ke kolam ikan itu bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun yang terjatuh akibat mahu mengambil plastik bekas roti yang digunakan untuk umpan memancing.

“Anak mangsa berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja dan seorang warga Indonesia yang berada di lokasi itu namun mangsa tidak timbul kira-kira 20 minit sebelum ditemukan berhampiran tangga di tepi kolam tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Shahril berkata Mohamed Hafidz diberikan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali namun gagal dan dibawa ke Hospital Raub.

Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital berkenaan mendapati punca kematiannya disebabkan kekurangan oksigen akibat lemas (asphyxia secondary to drowning).

 
Back
Top
Log in Register