BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bapa Lemas Selepas Selamatkan Anak Jatuh Sungai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
2be47b66a7cf38097478998c276d60c562b7d685eaf3d


Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Roslan Ismail berkata mangsa yang dikenali sebagai "Budin", 46, keluar berjalan bersama dengan anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum kejadian berlaku.

"Anaknya dikatakan terjatuh dan lemas di sungai itu, tetapi berjaya diselamatkan oleh mangsa. Bagaimanapun, selepas itu mangsa pula hilang dibawa arus dan hingga kini masih belum ditemukan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata identiti penuh mangsa masih dalam proses pengesahan daripada ahli keluarga terdekat.

Roslan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 7.26 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 3.6 kilometer dari balai sebelum tiba pada 7.45 malam.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mengesahkan seorang lelaki dewasa dilaporkan lemas dan kami memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR masih diteruskan dengan kekuatan anggota BBP Tanah Merah bersama-sama Unit PPDA, selain mendapat kerjasama polis serta penduduk setempat bagi mempercepat pencarian.

 
Back
Top
Log in Register