BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buaya raksasa ceroboh kolam ikan ditangkap

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Buaya raksasa ceroboh kolam ikan ditangkap​

GELI-BUAYA-2.jpg

TANGKAP layar menunjukkan seekor buaya yang berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan. - AGENSI

JAKARTA – Penduduk di Kutai Kartanegara, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan pencerobohan seekor buaya gergasi yang masuk ke dalam kolam ternakan ikan milik penduduk tempatan baru-baru ini, lapor agensi berita Radar Kaltim.

Rakaman video yang tular di media sosial memaparkan reptilia pemangsa itu berenang dengan tenang di dalam kolam.

Menurut laporan tempatan, buaya tersebut sempat membaham sebahagian ikan ternakan sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Bagi mengelakkan risiko serangan dan konflik berterusan antara manusia dengan hidupan liar, penduduk bersama pihak berkuasa tempatan terpaksa menggunakan jentera berat bagi memindahkan haiwan pemangsa itu dari kawasan penempatan.

Insiden kemunculan buaya di kawasan ternakan penduduk dilaporkan semakin kerap berlaku di wilayah berkenaan.

Pakar-pakar alam sekitar percaya fenomena ini berpunca daripada pertambahan aktiviti manusia yang semakin merapati kawasan sungai dan paya,  yang merupakan habitat asal reptilia tersebut. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register