combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tiada Kes Visa Palsu Libatkan Jemaah Haji Malaysia Setakat Ini - Ketua Rombongan Haji
Mohd Hisham Harun (tengah). fb Tabung Haji
Tiada kes penggunaan visa palsu melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci setakat ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun.
Beliau berkata kawalan serta pemantauan ketat terhadap dokumentasi jemaah membantu memastikan urusan kemasukan berjalan lancar dan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
Bagaimanapun, Mohd Hisham mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej haji tertentu menjelang Hari Wukuf yang dijangka pada 26 Mei ini.
“Kita faham ada segelintir masyarakat yang terdesak untuk menunaikan haji dan dalam keadaan itu, mungkin ada pihak tertentu mengambil kesempatan menawarkan pelbagai pakej haji.
“Namun, kita ingin tegaskan bahawa hanya individu yang mempunyai visa haji sah sahaja dibenarkan berada di Tanah Haram dan mengerjakan ibadah haji,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Mohd Hisham berkata kerajaan Arab Saudi telah memberikan peringatan tegas bahawa individu yang menggunakan visa selain visa haji seperti visa lawatan, pelancongan, pekerjaan atau pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan Makkah khususnya di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
Beliau berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan sekiranya individu terbabit ditangkap dan didapati bersalah.
“Tindakan sedemikian bukan sahaja memberi kesan kepada individu terlibat, tetapi boleh menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi,” katanya.
Tiada Kes Visa Palsu Libatkan Jemaah Haji Malaysia Setakat Ini - Ketua Rombongan Haji
TH, haji, visa, palsu, Mohd Hisham Harun