BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakej Ziarah Haram Undang Risiko Keselamatan Jemaah Haji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pakej Ziarah Haram Undang Risiko Keselamatan Jemaah Haji​

e872e086d4b9b8692b404432558284526a01b93d80ec9

Mohd Hisham Harun (tengah). fb Tabung Haji

Tabung Haji (TH) menasihati jemaah supaya tidak mengambil pakej ziarah luar Makkah yang tidak berdaftar bagi mengelakkan risiko keselamatan menjelang kemuncak ibadah haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata ketika ini jemaah perlu memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan dan persediaan menghadapi Hari Wukuf di Arafah.

Beliau berkata pakej ziarah rasmi yang dipantau TH hanya disediakan selepas musim haji menerusi syarikat perkhidmatan yang dilantik.

“Kita nasihatkan jemaah supaya tidak mengambil pakej ziarah luar Makkah yang tidak diketahui latar belakang syarikatnya kerana aspek keselamatan perlu diberi keutamaan,” katanya.

Selain itu, katanya, TH juga sukar memantau keberadaan jemaah yang mengikuti pakej persendirian tanpa pendaftaran rasmi dan mereka juga berdepan risiko ditinggalkan atau dikenakan bayaran tambahan.

Mohd Hisham berkata pihak berkuasa Arab Saudi dijangka mengetatkan kawalan pergerakan menjelang kemuncak musim haji susulan peningkatan jumlah jemaah di Makkah.

Semalam, Pakar Rujuk Haji Dr Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mo­hamed Shith berkata jemaah haji yang keluar dari Makkah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum hari kemuncak haji dan gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Suci, boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing.

Ini susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah menuju lokasi melebihi dua marhalah atau lebih 81 kilometer seperti Taif bagi tujuan ziarah sebelum Hari Wuquf.

 
Back
Top
Log in Register