combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Jemaah bersenam sebelum tunai haji
Beratus-ratus jemaah haji melakukan aktiviti senaman di Hotel Al-Hidayah semalam. - ANTARA
JAKARTA – Beratus-ratus jemaah haji dari Indonesia menyertai aktiviti senaman demi meningkatkan stamina sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu, lapor agensi berita Antara.
Senaman itu dilakukan di Hotel Al-Hidayah di kota suci Mekah, Arab Saudi semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform YouTube oleh akaun SINDOnews menunjukkan sejumlah orang dewasa dan warga emas bersenam beramai-ramai.
Mereka turut melakukan aktiviti regangan otot, berjalan setempat serta menggerakkan tangan ke depan dan ke belakang.
Program tersebut diadakan bagi mengekalkan kecergasan fizikal jemaah dan persiapan sebelum mengerjakan ibadah haji. – AGENSI
Jemaah bersenam sebelum tunai haji
JAKARTA - Beratus-ratus jemaah haji dari Indonesia menyertai aktiviti senaman demi meningkatkan stamina sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu, lapor agensi berita Antara. Senaman itu dilakukan di Hotel Al-Hidayah di kota suci Mekah, Arab Saudi semalam. Rakaman video dimuat naik di platform...
www.kosmo.com.my