BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jemaah bersenam sebelum tunai haji

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jemaah bersenam sebelum tunai haji​

geli-jemaah.jpeg

Beratus-ratus jemaah haji melakukan aktiviti senaman di Hotel Al-Hidayah semalam. - ANTARA

JAKARTA – Beratus-ratus jemaah haji dari Indonesia menyertai aktiviti senaman demi meningkatkan stamina sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu, lapor agensi berita Antara.

Senaman itu dilakukan di Hotel Al-Hidayah di kota suci Mekah, Arab Saudi semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform YouTube oleh akaun SINDOnews menunjukkan sejumlah orang dewasa dan warga emas bersenam beramai-ramai.

Mereka turut melakukan aktiviti regangan otot, berjalan setempat serta menggerakkan tangan ke depan dan ke belakang.

Program tersebut diadakan bagi mengekalkan kecergasan fizikal jemaah dan persiapan sebelum mengerjakan ibadah haji. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register