BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH Kini Pada Kedudukan Lebih Kukuh Selepas Pemulihan Institusi - Zulkifli

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

TH Kini Pada Kedudukan Lebih Kukuh Selepas Pemulihan Institusi - Zulkifli​

a2b16967df4247e566c95ecbc38b60506a60539de1a65

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan

Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan jauh lebih kukuh selepas melalui proses pemulihan institusi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata ketika Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran negara pada penghujung 2022, TH sedang dalam proses menangani aset-aset legasi yang kurang berdaya saing dan bermasalah yang masih kekal di institusi itu selepas 2018.

“Kerajaan memilih untuk memberikan ruang kepada TH untuk memulihkan institusi ini terlebih dahulu. Hari ini, apabila kedudukan TH telah jauh lebih kukuh, kita memilih untuk membuka laporan ini kepada rakyat.

“Alhamdulillah, kerajaan ingin menzahirkan setinggi penghargaan kepada pengurusan TH yang baharu dan semua pihak terlibat yang telah berjaya memulihkan TH dengan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dan usaha serta tindakan yang diambil bagi memulihkan kedudukan kewangan institusi tersebut, pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata TH turut menerima lima pengiktirafan Anugerah Pengurusan Haji Terbaik Dunia selama empat tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan bahawa kepimpinan berwibawa, kompeten, beramanah dan berintegriti mampu menerajui institusi itu dengan baik.

Beliau berkata Jemaah Menteri pada 29 Julai lepas secara sebulat suara, bersetuju mendedahkan laporan RCI itu kepada rakyat serta membentang dan membahaskannya buat kali pertama menerusi sidang khas Parlimen, selain mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan serta-merta oleh badan penguat kuasa.

Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan serta menahan beberapa individu penting yang dikaitkan dengan penyelewengan yang dinamakan dalam laporan berkenaan.

“Tindakan tegas ini membuktikan komitmen berterusan pihak kerajaan dan badan penguat kuasa, bahawa tiada sebarang kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa mahupun pecah amanah terhadap harta dan dana suci milik jemaah haji negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register