BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Sentiasa Iktiraf Institusi Pendidikan Agama, Bina Negara Seimbang - Zulkifli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Sentiasa Iktiraf Institusi Pendidikan Agama, Bina Negara Seimbang - Zulkifli​

b1e9a92ed16d98b41d202651e828676c6a5c86d70a327

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menjawab pertanyaan pengamal media selepas hadir pada Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Perak di Maahad Al -Ummah, Chemor.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
KMK


Kerajaan Persekutuan, khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa mengiktiraf institusi pondok, madrasah dan sekolah agama sebagai rakan strategik sangat penting untuk membina negara yang seimbang antara kemajuan fizikal dan nilai kemanusiaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata kerajaan berpegang teguh bahawa kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui kekuatan ekonomi atau infrastruktur, dan kekuatan sebenar terletak pada kualiti insan serta mesti dipandu oleh nilai kemanusiaan.

“Kerajaan menerusi agensi agama sentiasa konsisten dan komited untuk menjalin kerjasama yang erat dengan kerajaan negeri, jabatan agama Islam negeri, majlis agama Islam negeri, pihak berkuasa agama dan institusi pendidikan Islam di seluruh negara.

“Ia bagi memastikan sistem pendidikan ini terus berkembang secara tersusun, berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Perak (HIPSA) 2026 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Maahad Al-Ummah, Chemor di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Terdahulu, Zulkifli menyerahkan sumbangan Bakul MADANI kepada komuniti setempat kepada 12 daripada keseluruhan 250 penerima.

Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 3,000 warga pondok dan sekolah agama, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), wakil pertubuhan bukan kerajaan dan warga setempat menghadiri HIPSA 2026.

Antara pengisian program ialah sesi Bicara Murobbi bertajuk “Peranan Ulama dan Umara Dalam Pembangunan Negara” melibatkan ulama Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, bekas Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh dan pendakwah terkemuka Mohamad Saifuddin Abdul Latiff.

YADIM memaklumkan majlis turut menyantuni keluarga yang memerlukan menerusi penyampaian sumbangan barangan keperluan dapur, penyerahan cek cura dana sumbangan kepada pondok dan sekolah agama di Perak, cek cura penajaan yuran pelajar serta Program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 
Back
Top
Log in Register