combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan MADANI Seimbang Jaga Kepentingan Semua Kaum, Aliran Pendidikan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, hari ini.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum dan aliran pendidikan di negara ini, diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pemberian bantuan kepada institusi pendidikan Islam, bukan bermakna kerajaan mengabaikan sekolah vernakular, sebaliknya peruntukan kepada sekolah Cina dan Tamil yang telah diluluskan akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Negara ini kalau nak aman, kena bagi dan jaga semua. Anak-anak sekolah pondok, maahad tahfiz, ramai yang terbiar, tak ada bantuan, maka kita tingkatkan bantuan.
“Jadi sekali lagi saya tekankan, untuk program dan bantuan sekolah Cina dan Tamil, kita bagi dah jadual dalam dua minggu lagi diumumkan di Kuala Lumpur,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah, di Kompleks Sukan Masjid Tanah di sini hari ini.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim.
Anwar berkata pendekatan itu, mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap lapisan masyarakat menerima perhatian sewajarnya, sekali gus mengekalkan keamanan dan keharmonian negara yang berbilang kaum serta agama.
Beliau berkata Malaysia merupakan contoh sebuah negara majmuk yang berjaya mengekalkan perpaduan, apabila rakyat daripada pelbagai latar belakang dapat hidup dalam suasana saling menghormati.
“Kita ini aman. Bayangkan, ada Cina, ada India dan ramai juga Melayu di sini, ada sekolah agama, maahad tahfiz, tapi dengan aman. Orang hormat satu sama lain.
“Kalau di negeri dan negara lain, susah. Negara yang pelbagai kaum nak berhimpun macam ini, kerana syak wasangka, benci, tak percaya dan ada permusuhan. Akhirnya negara jadi korban,” kata Anwar.