BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUIT : Bayar Hutang atau Simpan?

Sampai skrang still gune moto.. Bini dok beli honda jazz. Takut nk berhutang lg. Uhuk aku ada hutang rumah bini pum ada hutang rumah. Jiran selalu igt aku duduk menyewa. Yer la dkt parkg ada kancil dgn motor je. Nasib dpt isteri yg jenis nak mcm2..
Zmn umur 25-40 zaman kena buat dan control financial. Ni had umur kena cari duit kaw2
 
kereta value makin bertambah bulan makin bertambah bertahun makin jatuh harganya. so lebih baik nak pakai kereta ni buat je loan tak payah cash.. pakai dalam 3-4 tahun then tukar lain.. konsep loan macam sewa kereta cuma kita sewa sebulan dengan kadar murah.. kereta ni makin lama makin baru, cantik dan canggih..
 
saya agak tidak setuju untuk membeli kereta secara ansuran dan menukarnya selepas beberapa tahun.. seperti yg disebutkan value kereta akan menurun sebaik sahaja turun ke jalan tar..

apa yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan membeli kereta adalah apakah matlamat sebenarnya dalam membeli kenderaan tersebut? berapa lamakah jangkamasa anda ingin menggunakan kenderaan tersebut. apakah spesifikasi yg anda perlukan dan adakah ianya membantu anda dlm menguruskan kehidupan seharian?

untuk pembayaran secara cash ataupun kredit, harus anda lihat rasional antara keduanya.. pembelian secara kredit akan menaikkan DSR anda untuk anda mendapatkan pinjaman "baik" dr institusi kewangan. selain itu anda juga telah mengganggu pulangan pendapatan drpd pelaburan/simpanan anda di tempat lain dengan membayar faedah yg tgi kepada bank saban tahun.

saya masih tidak mempunyai kereta sehingga kini.. mungkin anda yg sudah mempunyai kenderaan ada pendapat/pandangan yg lebih bernas.. moga dapat dikongsikan demi kebaikan bersama.
 
kalau aku ada 1juta hard cash with no obligations, aku tak berhutang. 9 tahun plak tu. max hutang kereta terbaik 7tahun.

effective interest rate untuk loan kereta tu +- 4-4.25%. confirm. dividen tabung haji 6% projected. the truth is, no one can see the future. apapun, net of 2% +-. instalment tiap bulan, bearing interest, dividen setahun sekali. loss on future net cash flow on present value.

ni tak kira lagi dgn discounted on inflation rate. financial planner selalu aku tgk xambik kira benda ni.

Setuju3 bro..kalau ada cash byk, kenapa nak pening kepala menjadi hamba hutang..bila mati pun, roh tiada terawang2; nak bahagi harta pun senang. masih ramai yg tidak faham konsep berhutang dan tidak hairanlah walaupun sekaya mana individu itu, akhirnya muflis krn tidak tahu menguruskan kewangan..:)
 
saya agak tidak setuju untuk membeli kereta secara ansuran dan menukarnya selepas beberapa tahun.. seperti yg disebutkan value kereta akan menurun sebaik sahaja turun ke jalan tar..

apa yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan membeli kereta adalah apakah matlamat sebenarnya dalam membeli kenderaan tersebut? berapa lamakah jangkamasa anda ingin menggunakan kenderaan tersebut. apakah spesifikasi yg anda perlukan dan adakah ianya membantu anda dlm menguruskan kehidupan seharian?

untuk pembayaran secara cash ataupun kredit, harus anda lihat rasional antara keduanya.. pembelian secara kredit akan menaikkan DSR anda untuk anda mendapatkan pinjaman "baik" dr institusi kewangan. selain itu anda juga telah mengganggu pulangan pendapatan drpd pelaburan/simpanan anda di tempat lain dengan membayar faedah yg tgi kepada bank saban tahun.

saya masih tidak mempunyai kereta sehingga kini.. mungkin anda yg sudah mempunyai kenderaan ada pendapat/pandangan yg lebih bernas.. moga dapat dikongsikan demi kebaikan bersama.

bagus prinsip bro ni..teramat byk penjimatan dibuat selagi tidak memiliki kereta..lepas grad 1993, saya mengambil masa 7 tahun utk memiliki kereta pertama, secondhand atas keperluan bekeluarga dan menjalankan tugas mencari rezeki. guna loan gomen 4% yg habih selesai byr dlm 5 tahun je. Kini dah hampir 14 tahun, kete ini masih menyokong kehidupan saya sehinggalah tahun ini terdapat keperluan utk MPV 7 seaters.

Saya bole beli keta baru apabila dah habih byr dlm tahun 2005 tapi menangguhkan hasrat tersebut krn keta masih mantop. Hasil dari sikap bertangguh, saya dpt membeli saham BRakyat dan memiliki rumah ke2,teres setingkat. Hasil penjimatan dari kurang melancong, bershopping dan memiliki brgn mewah dan bergaya serta melabur dlm pengetahuan (financial planner); saya mampu membeli tunai utk keta MPV ni.

Bagi menguruskan perolehan MPV ni, saya sedia speks fungsi, teknikal dan harga. Saya hadir ke pelbagai showroom jenama keta utk test drive, dptkan pandangan SA dealer dan quotation serta pakejyg disediakan. saya juga join FB dan forum Club keta utk melihat prestasi jangka panjang dan kos penyelenggaraan yg terlibat. Saya tak pantas utk terus membeli tapi mengkaji dan meneliti setiap aspek sblm memutuskan pembelian.

Hasil pemerhatian saya, ramai yg terperangkap dan muflis dgn loan keta disebabkan leka dengan kecantikan luaran dan hasutan teman hinggakan lupa dgn beban kewangan (ie aspek rtax, insuran, servis, ansuran, tol, minyak, aksesori etc) yg bakal ditanggung sepanjang 9 tahun. Mereka gagal memahami konsep 'best value for money' dan memegang prinsip 'biar papa asalkan bergaya' yg akhirnya menjerat mereka dgn hutang keliling pinggang.

Utk pembelian keta MPV ini, saya sebgai penjawat memilih pinjaman islamik 4% loan gomen berbanding tawaran rhb islamic 2.75% utk 9 tahun. alhamdulillah, saya mdpt pakej staff purchase abg saya di mana dia sendiri pun x tahu ttg ujudnya pakej berkenaan. saya juga terpaksa bertegang urat utk mendpt speks keta MPV yg btul3 standard setelh ditolak tawran hadiah2 kononnya FREE.

Anda sendiri yg tahu apa tujuan utk memiliki keta dan anda sendiri juga yg akan menanggung beban kewangan disebabkan oleh keta berkenaan. Pertanyaan asas saya, adakah kereta itu ASET atau LIABILITI. JIka aset, ianya membantu meningkatkan income; manakala liabiliti adalah kebocoran perbelanjaan setiap bulan.

Adakah hanya kereta sahaja menjadi ASET? Bgmna pulak rumah, belanja hantaran perkahwinan, pelaburan, persaraan, pendidikan, HAji, zakat cukai, takaful, wasiat etc. Ramai yg mendambakan hidup mereka hanya kpd keta yg mahal, mewah dan bergaya sehingga mengabaikan keperluan kehidupan yg lain. Rancanglah kewangan secara menyeluruh bagi mencapai al Falah..laburlah pada pengetahuan, jgn lebur kpd kemahuan..:)

p/s: maaf, sekiranya tersilap kata terkasar bahasa, just hanya my2cents opinion..:)
 
Saya terima soalan dari status Tuan Raja Kamil (kepada beberapa orang, termasuk saya);

Mohon pandangan daripada pakar-pakar kewangan

Saya terima soalan ni tadi, tapi takde idea apa nak jawab.

Hamba Allah ni, ada 2 option untuk beli kereta.
1. RM150,000 bayar cash
2. Buat loan, bayar bulan-bulan.

Saya cakap, kalau beli cash, dia akan hadapi Opportunity Loss, sebab, kalau letak tabung haji, dah boleh bagi pulangan 6% setahun.

Kalau loan pula, kena 2.63% interest, dan pada pendapat saya, lagi lama loan, lagi tak bagus.

Kita abaikan keburukan lain seperti LHDN kejar lah, apa lah, sebab beliau tak pernah miss income tax, dan takde masalah nak lari daripada LHDN. hehe

Ok ....

Purely on financial comparison. Compounded Interest Vs Car Loan Interest.

Boleh tak bagi pandangan, buntu dah saya ni.

Walaupun, baru sampai rumah, penat tak hilang daripada kelas CPO siang tadi, tapi tak dapat nak lelap mata.

Mohon pandangan pakar, Pakdi Suzardi M, Alwi Adam EzazWealth, Afyan Mat Rawi, Zaharuddin Abd Rahman, Aznan Hasan, Zaidi Ismail, Tuanbri Pakar Hartanah.

tq
---------
UPDATE : Beliau ni dah ada banyak potfolio pelaburan.

Duit beliau, lebih daripada $1m.

Beliau tanya saya, sebab kami rapat.

Beliau inginkan, "the most" dengan setiap perbelanjaan beliau.

Kalau setakat RM150 ribu tu, kalau nak beli cash, takde masalah.

Last year punya dividen tabung haji je, dah boleh BMW cash.

Tapi, macam saya katakan tadi, beliau nak the most dengan duit tu.

Kenapa bukan kereta second ?

Saya boleh kategorikan, beliau ni, orang yang cermat dalam berbelanja.

Kereta paling mahal beliau setakat ni, Pesona je.

So, sekarang, baru nak merasa yang lebih sikit. Itu pun, kereta harga RM150 ribu je.
Beliau rasa, tak berbaloi beli kereta lebih mahal daripada tu, huhu ....

So, boleh bagi pandangan yang bijak dan bernas untuk yang bertanya kepada saya ni ?

ps : kenapa tabung haji ? ASB = tak patuh syariah.
Tabung Haji = 6%, memang tak banyak. Tapi, secure.
Lain-lain pelaburan dah ada, tapi diversified, ikut umur.

Actually, saya rasa, beliau tahu je, nak buat apa dengan duit tu.
Tapi, lebih kepada nak pendapat saya.

====================
Ini respon saya;

Terima kasih Tuan Raja Kamil

Ini kiraan saya;

PILIHAN A: Beli cash RM150,000
-------

Dia dapat jimat faedah keuntungan bank sebanyak 2.63% setahun.

Hutang kereta dengan faedah 2.63% setahun, selama 9 tahun; bersamaan dengan installment RM1717.64 sebulan dan total bayaran kepada bank adalah RM185505.

Jadi, jika dia beli cash dapat 'jimat' RM35,505 untuk tempoh 9 tahun.

PILIHAN B: Beli secara hutang dan invest RM150,000 di TH
-------

Dia akan dapat keuntungan pelaburan TH sebanyak 6% setahun.

Selama 9 tahun, RM150,000 diperam di dalam TH akan menjadi RM253,422

Jadi, jika dia beli secara hutang dan invest, dia akan dapat keuntungan RM103,422.

Soalan yg AM hanya akan dpt Jawapan yg AM juga.. Latar belakang individu perlu utk mengetahui jenis profil pelabur dan matlamat kewangan yg ingin dicapai. Dia juga perlu faham pelbagai kos berkaitan dengan kereta dan memahami produk pelaburan yg bersesuaian. Kalau tidak mampu menguruskan sendiri, boleh assign mana2 Perancang Kewangan Islam. Dengan sedikit maklumat yg ada dan gaya hidup beliau..suka saya mencadangkan agar belilah secara tunai, Tanpa Hutang, peace of mind..:)
 
ak ingat ak jek xde kereta pikir nak ada rumah, lain pon sama xnak berhutang jugak ye?

kurang hutang ni rasa ringan jek. ada duit lebih boleh tolong adik beradik yg study. kesian ak tengok student sekarang mental kena tucure, pakai itu ini kalah ak bekerja gaji beribu.
 
Terlalu bergaya dan tak tahu nak tunjuk kat siapa.. patutnya kena tunjukkan dia bole berjaya kpd ibu bapanya..
Benda ni saya sdr pun pernah lalui.. dan sebenarnya mereka masih tidak matang dalam membuat keputusan kewangan.. serta tidak mengetahui kehidupan selepas melangkah keluar drpd gerbang masuk universiti.
 
Setuju3 bro..kalau ada cash byk, kenapa nak pening kepala menjadi hamba hutang..bila mati pun, roh tiada terawang2; nak bahagi harta pun senang. masih ramai yg tidak faham konsep berhutang dan tidak hairanlah walaupun sekaya mana individu itu, akhirnya muflis krn tidak tahu menguruskan kewangan..:)

betul bro. bukan nak galakkan orang berhutang, tapi, kita kena faham dulu hutang yang baik, dengan hutang yang tak baik. hutang untuk generate aset dan income, dan hutang yang bawa masalah, tanggungan. kena faham, konsep risiko yang ada dengan hutang ni. sebelum berhutang, kita kena kenal dulu diri memasing. bukan kenal diri sendiri berdasarkan cara orang lain.

masa yang sama, kita kena faham juga jenis2 interest ni. fahamkan maksud2, daily rest, monthly rest, efektif rate, publish rate, penjelasan pengiraan interest tu sendiri. interest bukan setakat %, tapi interest ni ada sifat, macam manusia.

mungkin, orang kaya ni ada 2jenis bro. yang kaya dengan cara mudah, jadi ambik sikap sambil lewa, dan cara yang susah, kerja keras, penat yang jadikan diaorang ni berfikir tentang risiko dulu, baru return. jadi, ada fikir sikit tentang wealth protection.

tapi aku suka cara brader ni fikir. smart. kenapa nak extra commitment untuk aset yang confirm jatuh harga. memang smartla bro.

Kalu aku jenis mcm dia ada 1juta..dividen th plak dah rege bmw tu.
Dia plak dh de pesona.

Sewa je kete mewah..pedehal.
Nak guna bmw..sewa 3hari. Bosan bmw nk rs merc..sewa merc.
Pastu buln depan sewa velpayer plak :D

Klu beli ..tu je yg merasanya..kehkeh

Free instalment free maintainance free feeling free drive
Ouuuyehhhh

Kehkeh
 
Back
Top
Log in Register