BTC USD 83,373.1 Gold USD 4,138.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simpanan maksimum ASB, ASB2 dinaikkan ke RM300k

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,479
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,479
Reaction score
1,051
Points
151

​


Tingkat had pelaburan ASB, ASB 2 lonjak kekayaan Bumiputera
Orang ramai hadir urus niaga bagi unit Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di menara PNB Kuala Lumpur. - Gambar Ihsan

PERMODALAN NASIONAL BERHAD.
KUALA LUMPUR: Peningkatan had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) kepada RM300,000 daripada RM200,000 sejajar dengan mandat Permodalan Nasional Bhd (PNB) meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera.

Dalam Bajet 2023 diumumkan bahawa had pelaburan ASB dan ASB 2 akan dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula pada 2023.

"PNB amat berbesar hati kerana diberi peluang dalam usaha menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Ia juga selari dengan mandat PNB untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn dalam satu kenyataan.

PNB berkata, maklumat terperinci berkenaan kenaikan had pelaburan ASB dan ASB 2 akan diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB, dalam masa terdekat.

Mengenai Bajet 2023, PNB menyambut baik pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ia menyifatkan, Bajet 2023 adalah suatu bajet yang amat menyeluruh serta progresif yang menyentuh pelbagai aspek ekonomi, pasaran modal, keusahawanan, pendidikan dan kesejahteraan rakyat.

BH
 
Bermula bila ni?
Ekonomi dah start nak naik ni mmg bagus nak labur
Dalam Bajet 2023 diumumkan bahawa had pelaburan ASB dan ASB 2 akan dinaikkan kepada RM300,000 daripada RM200,000 bermula pada 2023.
 
at least kne 8sen..
bru nmpk steady skit.. :ROFLMAO:

300k x 0.08sen = setahun 24k..
300k x 0.07sen = setahun 21k..
300k x 0.05sen = setahun 15k

*aku x simpan asb..

dividen-asb-2021.png
7% pon dah okay. tapi malangnya.......
 
2022 - mungkin 4.75 atau 5.00 juga kot
 
dah sah ke had 300K ??? dlm myasnb limit nye mcm xberubah lagi je
 
Back
Top
Log in Register