BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Had Pelaburan ASB, ASB 2 Dinaikkan Kepada RM300,000 - PM10, DSAI

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

Had pelaburan ASB, ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000​

24 Februari 2023 06:42pm

2105627.png


Had pelaburan individu bagi ASB dan ASB 2 akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.


KUALA LUMPUR - Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion.

"Langkah ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyokong peningkatan ekuiti dalam kalangan Bumiputera," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Bernama


 
KUALA LUMPUR - Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Nak dengar 8% bukan naik limit
 

Naik had pelaburan: PNB buat pengumuman berasingan​

27 Februari 2023 06:41pm

2109054.jpeg


PNB akan membuat pengumuman secara berasingan berhubung tarikh kuat kuasa peningkatan had pelaburan ASB dan ASB2. - Gambar hiasan


PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman secara berasingan berhubung tarikh kuat kuasa peningkatan had pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan, had pelaburan bagi kedua-dua amanah saham itu akan dinaikkan ke RM300,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.

Menurutnya, sebelum ini, kedua-dua unit amanah itu masing-masing mengekalkan jumlah had pelaburan sebanyak RM200,000.

“Seiring iltizam Kerajaan Perpaduan yang memastikan kesaksamaan masyarakat berbilang kaum, kami turut berbesar hati memaklumkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) akan ditingkatkan sebanyak RM5 bilion.

“Pengumuman ini selaras dengan usaha PNB untuk terus menggalakkan budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu turut memberitahu, pihaknya menyambut baik pembentangan Belanjawan 2023 yang mengutamakan pemacuan pertumbuhan ekonomi berhemat dan pembangunan saksama demi menggalakkan keadilan sosial untuk rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai penggabungan Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, Yayasan Ekuiti Nasional dan Yayasan Pelaburan Bumiputra, PNB memaklumkan, akan memberi sokongan terhadap cadangan pemusatan institusi-institusi dengan fungsi yang hampir sama agar lebih efektif dalam menunaikan mandat masing-masing.

“Bagi memastikan keberkesanan operasi, PNB akan bekerjasama dengan pihak yang berkenaan,” jelasnya.


 
Duit pun dah takde.. Apa nak dilaburkan?
 
kalo stakat bagi dividen ciput, naik limit utk apa?
 
dividen pon sesak napas... kalau lasb lg senak dgn div zaman skrg..

yang ok sikit sapa dah rasa zaman 7-8% pastu skrg layan compounding based on previous div tanpa keluar duit..tu baloi la sikit..
 
menyokong peningkatan ekuity negara buat kebijakan. demikianlah jalannya sistem ekonomi di mana mana
 
Back
Top
Log in Register