BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUIT : Bayar Hutang atau Simpan?

Bayar hutang atau simpan?

Bg ambo, ambo akan terus tambah hutang... He he.. :)paid
 
Ada sorang kawan punya kereta baru RM150k++ dan rumah corner lot baru RM470k++ tapi suka bertangguh membayar hutang. Baru2 ni dia membeli Note3 walaupun sudah memiliki Blackberry. Persepsi saya terhadap beliau berubah apabila dia tidak membayar hutang walaupun nampak sikit dlm kurang RM100 je.

Apa yang saya fahami sekarang, kemewahan luaran adalah sendiwara dunia kerana hanya ingin menonjolkan gaya hidup hebat dan menagih pujian semata-mata. Realiti yang tersirat adalah beliau menanggung hutang yang agak besar. Saya simpati kpd isteri dan 2 anak kecil beliau yg bakal menjadi mangsa kerana kecuaian dan kelemahan merancang/menguruskan kewangan secara berhemah..:)

Contoh terbaik "biar papa asal bergaya".. Tak semestinya org yg bergaji besar hidup bebas hutang.. Ramai yg bergaji besar dan hutang pun besar (yang saya kenal)..:D
 
skrg nie financing aku da jd haru..semuanye gara2 tukar kerja tmpt baru..terlepas bonus tmpt lme..
 
takkan sbb terlepas bonus je dah jadi haru biru?
kat mana punca sebenar yg menyebabkan masalah ni? cuba check balik..

aku ingt dpt bonus aku dpt clearkn cc ckit yg lbh byr roadtax kete..lps 2 kt tmpt kje baru gaji sangkut (lmbt byr) smpi tgh bln so terpaksa korek saving la nk byr roadtax ngn belanja lain..aku keje kt tmpt lama lbh 2 bln jer. smpi skrg aku x dpt lgi separuh gj bln lps
 
aku ingt dpt bonus aku dpt clearkn cc ckit yg lbh byr roadtax kete..lps 2 kt tmpt kje baru gaji sangkut (lmbt byr) smpi tgh bln so terpaksa korek saving la nk byr roadtax ngn belanja lain..aku keje kt tmpt lama lbh 2 bln jer. smpi skrg aku x dpt lgi separuh gj bln lps

kalu ada transaksi CC >1k, saya guna credit balance transfer 0% for 6 months..so, merancang byr ansuran..saya guna offer dari Rhb Islamic dan AM islamic..:)
 
Saya terima soalan dari status Tuan Raja Kamil (kepada beberapa orang, termasuk saya);

Mohon pandangan daripada pakar-pakar kewangan

Saya terima soalan ni tadi, tapi takde idea apa nak jawab.

Hamba Allah ni, ada 2 option untuk beli kereta.
1. RM150,000 bayar cash
2. Buat loan, bayar bulan-bulan.

Saya cakap, kalau beli cash, dia akan hadapi Opportunity Loss, sebab, kalau letak tabung haji, dah boleh bagi pulangan 6% setahun.

Kalau loan pula, kena 2.63% interest, dan pada pendapat saya, lagi lama loan, lagi tak bagus.

Kita abaikan keburukan lain seperti LHDN kejar lah, apa lah, sebab beliau tak pernah miss income tax, dan takde masalah nak lari daripada LHDN. hehe

Ok ....

Purely on financial comparison. Compounded Interest Vs Car Loan Interest.

Boleh tak bagi pandangan, buntu dah saya ni.

Walaupun, baru sampai rumah, penat tak hilang daripada kelas CPO siang tadi, tapi tak dapat nak lelap mata.

Mohon pandangan pakar, Pakdi Suzardi M, Alwi Adam EzazWealth, Afyan Mat Rawi, Zaharuddin Abd Rahman, Aznan Hasan, Zaidi Ismail, Tuanbri Pakar Hartanah.

tq
---------
UPDATE : Beliau ni dah ada banyak potfolio pelaburan.

Duit beliau, lebih daripada $1m.

Beliau tanya saya, sebab kami rapat.

Beliau inginkan, "the most" dengan setiap perbelanjaan beliau.

Kalau setakat RM150 ribu tu, kalau nak beli cash, takde masalah.

Last year punya dividen tabung haji je, dah boleh BMW cash.

Tapi, macam saya katakan tadi, beliau nak the most dengan duit tu.

Kenapa bukan kereta second ?

Saya boleh kategorikan, beliau ni, orang yang cermat dalam berbelanja.

Kereta paling mahal beliau setakat ni, Pesona je.

So, sekarang, baru nak merasa yang lebih sikit. Itu pun, kereta harga RM150 ribu je.
Beliau rasa, tak berbaloi beli kereta lebih mahal daripada tu, huhu ....

So, boleh bagi pandangan yang bijak dan bernas untuk yang bertanya kepada saya ni ?

ps : kenapa tabung haji ? ASB = tak patuh syariah.
Tabung Haji = 6%, memang tak banyak. Tapi, secure.
Lain-lain pelaburan dah ada, tapi diversified, ikut umur.

Actually, saya rasa, beliau tahu je, nak buat apa dengan duit tu.
Tapi, lebih kepada nak pendapat saya.

====================
Ini respon saya;

Terima kasih Tuan Raja Kamil

Ini kiraan saya;

PILIHAN A: Beli cash RM150,000
-------

Dia dapat jimat faedah keuntungan bank sebanyak 2.63% setahun.

Hutang kereta dengan faedah 2.63% setahun, selama 9 tahun; bersamaan dengan installment RM1717.64 sebulan dan total bayaran kepada bank adalah RM185505.

Jadi, jika dia beli cash dapat 'jimat' RM35,505 untuk tempoh 9 tahun.

PILIHAN B: Beli secara hutang dan invest RM150,000 di TH
-------

Dia akan dapat keuntungan pelaburan TH sebanyak 6% setahun.

Selama 9 tahun, RM150,000 diperam di dalam TH akan menjadi RM253,422

Jadi, jika dia beli secara hutang dan invest, dia akan dapat keuntungan RM103,422.
 
kalau aku ada 1juta hard cash with no obligations, aku tak berhutang. 9 tahun plak tu. max hutang kereta terbaik 7tahun.

effective interest rate untuk loan kereta tu +- 4-4.25%. confirm. dividen tabung haji 6% projected. the truth is, no one can see the future. apapun, net of 2% +-. instalment tiap bulan, bearing interest, dividen setahun sekali. loss on future net cash flow on present value.

ni tak kira lagi dgn discounted on inflation rate. financial planner selalu aku tgk xambik kira benda ni.
 
Last edited:
Kalu aku jenis mcm dia ada 1juta..dividen th plak dah rege bmw tu.
Dia plak dh de pesona.

Sewa je kete mewah..pedehal.
Nak guna bmw..sewa 3hari. Bosan bmw nk rs merc..sewa merc.
Pastu buln depan sewa velpayer plak :D

Klu beli ..tu je yg merasanya..kehkeh

Free instalment free maintainance free feeling free drive
Ouuuyehhhh

Kehkeh
 
bagi yg ada keta pastu tukar naik moto

nasihat sy utamakan keselamatan anda

ade pros & cons
 
Back
Top
Log in Register