BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUIT : Bayar Hutang atau Simpan?

Alhamdulillah..akhirnya selesai jgk hutang PL yang dibuat sebelum kahwin dahulu...thun 2006 sy meminjam RM25K (ikut kawan berhutang)..nasib tak joli sakan..kemudian penghujung tahun 2009..sy TER 'overlap' menjadikkan RM 75K...(dan ini pun pengaruh rakan2 dan taksub nak ada cash dalam simpanan banyak2)..dan nasib jgk tak berjoli sakan duit tersebut...hihihihi

dan hari ini 11/3/14 selesai kesemua hutang2 PL saya...syukur terbitnya ketenangan di hati ini :)

share skit petua bro habiskan 75k within 4 years. Sharing is caring
 
Saya ni kadang2 confused berapa yg patut saya simpan. Bulan2 gaji saya 2k jd pada pendapat tuan2 berapa yang patut saya simpan untuk dana kecemasan dan simpanan sendiri?
Harap tuan2 blh bg pendapat

kalo ikut kisah nabi yusuf emergency fund 7thn (84 bulan). Yang penting saving achieve 3 month dulu iaitu 6k
 
Langkah mudah untuk menetapkan matlamat anda

Langkah 1

Mengenal pasti dan menulis matlamat anda, sebagai contoh:
• Membeli kereta baru
• Menyimpan wang pendahuluan rumah baru
• Pergi bercuti
• Melangsaikan hutang kad kredit
• Pelan persaraan

Langkah 2


Himpunkan setiap matlamat kepada matlamat jangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun),
sederhana (1-3 tahun), dan panjang (lebih daripada 3 tahun) agar matlamat tersebut lebih mudah
dan senang dicapai.

Contoh:

Matlamat Jangka Masa Pendek (kurang daripada 1 tahun)
• Untuk mengumpul RM5,000 dalam tempoh enam bulan.
• Untuk membayar deposit kereta baru.

Matlamat Jangka Masa Sederhana (1-3 tahun)
• Untuk membayar deposit RM20,000 bagi belian rumah pertama.

Matlamat Jangka Masa Panjang (lebih daripada 3 tahun)
• Untuk mengumpul RM100,000 dalam tempoh lima tahun bagi dana persaraan.

Gunakan jadual untuk membantu anda menulis matlamat kewangan anda:

Matlamat Kewangan Saya
| Jangka Masa Pendek | Jangka Masa Sederhana | Jangka Masa Panjang |
| Jangka Masa Pendek | Jangka Masa Sederhana | Jangka Masa Panjang |
| Jangka Masa Pendek | Jangka Masa Sederhana | Jangka Masa Panjang |
| Jangka Masa Pendek | Jangka Masa Sederhana | Jangka Masa Panjang |
 
Bersara la bro.. bak unit kat belakang tu saya jaga.. wahaha..

unit belakang tu saya nak upgrade tiles, toilet dan kitchen kabinet..tgh carik quotation harga..nnti kawan haloo demo...:D
 
share skit petua bro habiskan 75k within 4 years. Sharing is caring

takde petua lah tuan...

apa yang saya amalkan..

i. berdoa dan berusaha dengan yakin untuk selesaikan hutang (senaraikan hutang dan pilih hutang yang utama dahulu)

2. setiap hari jumaat, saya akan bersedekah di masjid. contohnya jika dalam wallet saya ada wang bernilai RM 50, RM 10, RM 5 dan RM 1..saya akan bersedekah pada nilai yang paling besar iaitu RM 50...jika katakan wang dalam wallet saya ada RM100, RM 10 dan RM 1..saya akan sedekahkan nilai paling tinggi iaitu RM100...insyaallah..the more u give, the more u will get back :)

3. cuba mengintai peluang2 untuk menambahkan pendapatan..sekaligus mampu untuk mempercepatkan pengumpulan tunai untuk penyelesaian hutang terkumpul.

4. selalu bertanya, carik guru..jika ada seminar ilmu berbayar ..luangkan masa untuk joint..beli buku2 rujukan..

5. selepas berjaya selesai kan hutang terkumpul itu, berdoa agar tidak melakukannya semula...insyaallah.. :)
 
salam tuan alpaone n otai ayip (pe kabo hehe) thread yg sgt bermanfaat....:D
 
Back
Top
Log in Register