ferDJ92
Fun Poster
- Messages
- 747
- Joined
- Apr 4, 2013
- Messages
- 747
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
kira-kira jam 6:40 pm pada 12/3/2014, saya ada menyuarakan tweet seseorang yang bertindak menggangu tunang saya di laman sosial twitter. Sememangnya saya ada maslah dengan tunang saya beberapa hari ni, tapi itu adalah urusan peribadi kami & tidak perlu ada orang luar yang campur tangan. Adalah menjadi hak saya untuk menegur sekiranya ia menggangu ketenteraman tunang saya. Namun begitu, seorang lagi lelaki dipercayai kawan kepada si penggangu bertindak kasar dengan mentweet sesuatu yang memalukan bagi saya. Tweet nya berlarutan dengan pelbagai tomahan yang membuatkan saya sakit hati & mungkin menanggung malu sebab di laman sosial. Sesiapa je boleh melihat apa yang ditulis/dipaparkan. Saya ada menyuruh si penggangu & kawannya mendelete tweet2 nya. Namun, kawannya bertindak lebih agresif dengan mentweet lebih banyak statement dengan mention nama saya dengan katakata yang sangat memalukan saya. Oleh itu, saya nak bincang dengan para otai-otai kat sini apa tindakan yang perlu saya lakukan. Sekiranya saya nak buat laporan/saman pengguna twitter ini, apa yang perlu saya buat? Beberapa individu mencadangkan saya memfailkan saman malu tapi saya kurang pengalaman dalam perkara tersebut & saya juga kekurangan maklumat mengenai tertuduh. Disini saya kepilkan beberapa print screen dengan ayatnya yang berniat memalukan saya di laman sosial Twitter. Bantuan sangat diperlukan. Perkara ni bukan sahaja telah memalukan saya namun telah menggangu konsentrasi mental saya. Kedua-dua penggangu ini menggunakan username @banebane93 & @AbdulHacker3 Terima kasih...
Last edited by a moderator:
