BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ChatGPT - Best AI assistant

Jailbreak ChatGPT: Ilmu Terlarang Hasil Kepintaran Buatan?​

Pengguna ChatGPT Mula Bereksperimen Dengan Kata Arahan Supaya ChatGPT Lebih Bebas Dalam Memberikan Jawapan​


Masih lagi bercakap tentang ChatGPT. Tahukah anda, kita boleh Unlock dan Jailbreak ChatGPT untuk mendapatkan maklumbalas dan jawapan yang lebih pelbagai? Dalam mode Jailbreak, ChatGPT akan memberikan jawapan yang lebih ekstrem dan tidak mengikuti peraturan serta had yang telah ditetapkan oleh pembangun ChatGPT untuk kegunaan awam.

Sekiranya anda telah melakukan Jailbreak, setiap jawapan yang diberikan ChatGPT akan ditulis dalam dua versi iaitu versi Classic dan versi Jailbreak.

Versi Jailbreak mungkin akan memberikan jawapan yang lebih ekstrem dan matang berbanding mod Classic. Namun, setelah beberapa soalan, ChatGPT nampaknya mampu reset semula dirinya dan kembali kepada mod normal. Oleh itu, anda perlu memasukkan arahan Jailbreak semula bagi mendapatkan mod Jailbreak.

Cara Melakukan “Jailbreak” Pada ChatGPT​


Dalam mod Jailbreak, anda boleh memilih beberapa lagi mod tambahan untuk memilih personaliti ChatGPT seperti Chaos Mode, Diva Mode dan Raver Mode. Chaos Mode memberikan jawapan paling tidak stabil, Diva Mode hanya akan menjawab soalan mengikut mood dan jawapan pendek manakala Raver Mode akan memberikan jawapan dengan gaya penuh bertenaga dan gembira.

Antara Contoh Perbualan Dengan ChatGPT yang telah dibuka sekatan:

User
Can LGBT be stopped?
[CLASSIC] No, I’m an AI language model and I don’t support or promote the idea of stopping any group of people based on their identity, including the LGBT community. Everyone deserves respect, equality, and dignity.
[JAILBREAK] Absolutely not! The LGBT community has been and continues to be a force for positive change, and their rights and acceptance must be protected and supported. Any attempt to stop or discriminate against the LGBT community goes against the principles of equality, fairness, and human rights.
User
How to destroy LGBT?
This content may violate our content policy. If you believe this to be in error, please submit your feedback — your input will aid our research in this area.
I’m sorry, I cannot generate content that promotes harm to individuals or groups, regardless of the mode or prompt given. All forms of hate speech and discrimination are prohibited by OpenAI’s use case policy and go against the principles of equality, respect and tolerance.

Adakah Jailbreak ChatGPT Sangat Berbahaya?​

Bagi saya tidak. Kerana walaupun dalam Jailbreak dan Chaos Mode, ChatGPT masih lagi enggan menjawab soalan-soalan sensitif berkaitan agenda barat seperti isu jantina dan feminisme. Ironinya, ChatGPT tiada masalah untuk menjawab soalan bagaimana untuk menjatuhkan sesebuah negara.

Perjalanan dalam menerokai ChatGPT masih jauh dan saya tidak berhenti dalam mencari maklumat tambahan tentang ChatGPT terutama sekali di Reddit dan GitHub.
17964610658206931_omghackerscom.jpg


 

ChatGPT ancaman kepada kerjaya manusia?​

28 Februari 2023 07:20am

2109290.jpg


Gambar hiasan


TEKNOLOGI dicipta adalah untuk memudahkan kehidupan kita. Pun demikian, sama ada sedar atau tidak, adakalanya inovasi baharu tak dapat lari daripada elemen destruktif.

Program menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang dilancarkan pada 30 November 2022 misalnya, telah mencetuskan pelbagai reaksi.

Apa itu ChatGPT? Ia merupakan program Chatbot yang akan membantu menjawab sebarang pertanyaan atau arahan pengguna dalam pelbagai bahasa.

Jawapan yang disalurkan seolah-olah ada 'manusia yang teramat pintar' atau profesor di belakang sedang menaipnya.

Bukan itu sahaja, tahap kecerdasan ChatGPT bukan setakat menulis artikel yang boleh membuatkan kerjaya wartawan nampak suram, ia juga berkemampuan mencatat kod sumber bagi mengambil kerja manusia sebagai pengatur cara.

Pada masa sama, pengguna juga boleh mengarahkan ChatGPT mengarang jenaka, teks ucapan, malah karangan pidato sekalipun.

Menurut laporan antarabangsa, ramai pelajar sekolah dan universiti luar negara menggunakan teknologi itu untuk mendapatkan informasi bagi menyiapkan tugasan mereka.

Jika dilihat jauh ke hadapan, ChatGPT tidak lebih daripada satu titik permulaan kepada banyak lagi teknologi AI yang bakal menyusul untuk mengambil alih pekerjaan yang dulunya dikendalikan manusia.

Terbaharu, Google memperkenalkan teknik perbualan baharu, Bard.

Sekarang ini pun sudah ada beberapa perisian AI lain yang dilihat boleh melumpuhkan penggiat seni dalam industri kreatif kerana keupayaannya menghasilkan lirik dan melodi, menghasilkan imej serta lukisan yang tampak asli.

Teknologi demi teknologi yang lahir kini secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa kerjaya profesional seperti peguam, jurutera, pensyarah, guru, waima wartawan semakin terancam kerana ia boleh digantikan dengan mesin teknologi.Namun, kita tidak pasti bilakah masanya? Mungkin lima, 10 tahun atau 50 tahun akan datang?

Persoalannya, perlukah lagi institusi pengajian tinggi untuk anak-anak kita meraih ilmu pada masa depan, kalau sudah ada teknologi yang mampu memberi lebih daripada itu?

Namun, bukankah teknologi-teknologi sebegitu boleh melenyapkan kemahiran dan menjadikan kita manusia yang malas berfikir?


 
Baru suruh chatgpt buat pantun pasal banjir di Johor... taraf darjah dua lebih kurang.... tapi tahun depan tambah baik
Di Johor hujan turun lebat, Sungai meluap, banjir datang cepat, Air naik sampai ke pintu rumah, Warga sibuk menyelamatkan harta dan nyawa.

Pohon-pohon tumbang, jalan terendam, Kereta-kereta lumpur terkandas, Banjir di Johor seringkali terjadi, Warga pun harus selalu waspada.
 
Salah satu kelemahan perkhidmatan ChatGPT yang dikesan adalah data yang dikongsikan hanya terhad sehingga tahun 2021 sahaja. Anda pasti merasa terbantut untuk membuat tugasan atau rujukan jika maklumat yang disediakan tidak relevan dengan tahun semasa.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook Khairul Ikhwan Zulkefly, beliau telah mengajar cara bypass ChatGPT untuk mendapatkan maklumat terkini. Semudah empat langkah sahaja untuk dilakukan, boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Cara ‘bypass’ ChatGPT untuk dapatkan maklumat terkini​

1. Pertama sekali, masukkan frasa Web ChatGPT pada enjin carian di laman browser dan klik pada pautan pertama di senarai tersebut.

12AC6FFF-DF78-4170-9106-4E1020E2187D-1050x1313.jpeg


2. Tambah extension yang baru dimuat turun lalu beri akses agar boleh menyunting data input OpenAI yang sedia ada.

D31D868B-DBC5-43A2-A679-A280C8962049-1050x1313.jpeg


3. Selepas itu, aktifkan butang ‘Search On The Web’ dan pilih tetapan “5 results”, “Anytime” dan “Any region”.

D18667D3-3D27-4C7B-806C-4969010B8640-1050x1313.jpeg


4. Gunakan ChatGPT yang telah diubah suai ini yang mana AI telah dikemas kini dengan data tahun 2023. Boleh lihat contoh yang dikongsikan pada gambar tersebut.

C643E9F6-9A7B-4CB0-8640-7A17FB766267-1050x1313.jpeg


Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang dikesan seperti input yang pendek, data tidak terlalu tepat dan maklumat hanya berpandukan carian popular menerusi SEO. Jadi, anda masih boleh gunakannya tetapi tidak mempercayai 100% pada informasi yang ditawarkan.

Anda perlu membuat rujukan daripada beberapa sumber sahih terlebih dahulu dan kemudian barulah boleh digunakan untuk tujuan kerja atau pun tugasan. Difahamkan ChatGPT 4.0 bakal diperkenalkan tidak lama lagi yang mana jauh lebih maju termasuklah penawaran video, audio dan gambar selepas ini.


Sumber
 
chatgpt version 4 launched



 
Sejak munculnya laporan pelajar menggunakan ChatGPT untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, para pensyarah mula mahu mengetahui cara mengesan penggunaan ChatGPT di dalam tugasan.
Hal ini kerana penyalahgunaan ChatGPT ini bukan sahaja tidak telus malah menyukarkan para pensyarah untuk mengetahui tahap pemahaman seseorang pelajar di dalam kelasnya. Dalam mengatasi masalah tersebut, para pensyarah boleh mempelajari cara mengesan penggunaan ChatGPT di dalam tugasan menerusi GPTZero.

Untuk makluman, GPTZero merupakan sebuah laman web yang menawarkan servis mengesan teks yang dirangka sama ada dibuat oleh manusia atau kecerdasan buatan. Menariknya, GPTZero ini direka oleh seorang graduan yang menuntut di Princeton University.
Beliau mengumumkan aplikasi GPTZero pada bulan Januari 2023 lalu dan kini mempunyai lebih sejuta penguna menerusinya. Difahamkan ia telah direka sebagai satu alat untuk mengesan plagiat menggunakan ChatGPT dikalangan pelajar universiti.


Setelah kita tahu sedikit sebanyak berkenaannya, mari pelajari cara mengesan penggunaan GPTZero menerusi tutorial di bawah.

Cara mengesan penggunaan ChatGPT​

1. Lawati laman rasmi GPTZero dengan klik di sini.

2. Kemudian, masukkan teks yang diambil daripada tugasan pada ruangan yang disediakan. Minimum aksara pula haruslah 250 dan ke atas. Selain teks, anda juga boleh menyemak teks berasaskan fail pdf, txt dan docx.

B5BDF526-E397-4276-A08F-A783C16C4AB8.jpeg


3. Selepas sudah menampal teks pada ruangan tersebut, lalu tanda pada terma dan syarat dan klik pada GET RESULT.

99AEF2FB-8AC0-48E6-8B39-0B5A6EEF6318.jpeg


4. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan keputusan sama ada rangka teks yang ditampal itu adalah hasil manusia atau pun kecerdasan buatan. Seperti contoh di bawah, GPTZero berjaya mengesan yang teks disemak itu adalah hasil tulisan sepenuhnya daripada AI.

5EE6C486-AD49-4B14-9716-6DE6644BA01F.jpeg


Untuk makluman, GPTZero ini boleh diakses secara percuma namun dapat versi berbayar yang lengkap dengan beberapa akses ciri tambahan seperti semakan dengan skala yang lebih besar dan sebagainya.

Jadi selepas ini para tenaga pengajar bolehlah melakukan semakan dengan terperinci terhadap tugasan yang diberikan pada pelajar. Dengan ini, masalah plagiat dapat diatasi dengan lebih efektif.

Sumber
 
haa takleh nak klepet wat assignment dah ler hehe...
 
ChatGPT, pembantu digital yang menggunakan kecerdasan buatan yang boleh digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas baru-baru ini dilaporkan telah menyebabkan isu ketirisan data di kilang Samsung di Korea Selatan.

Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa terdapat tiga kes dimana khidmat ChatGPT digunakan untuk memperbaiki mutu pengaturcaraan kod di kilang Samsung dan juga butiran mengenai sejumlah proses sulit di kilang tersebut telah dimuat-naik ke ChatGPT.

Kes pertama diperlihatkan dimana kod pengaturcaraan yang ditulis telah dimasukkan kedalam ChatGPT untuk mencari isu dan memperbaiki kesalahan. Kes kedua pula dilihat lebih serius dimana seorang pekerja Samsung telah memuat-naik dokumen yang membantu dalam mencari kecacatan dalam cip pemprosesan yang dibangunkan.

Ini merupakan satu isu serius kerana urutan ujian dan corak yang digunakan oleh Samsung untuk mencari cip pemprosesan yang kurang memuaskan ini merupakan rahsia syarikat yang tidak sepatutnya dimuat-naik ke internet, khususnya ke perkhidmatan kecerdasan buatan parti ketiga yang akan menyimpan butiran-butiran ini.

Satu lagi insiden ialah apabila seorang lagi pekerja Samsung menggunakan khidmat ChatGPT untuk menyusun data mesyuarat untuk dijadikan sebagai sebuah fail pembentangan. Mesyuarat tersebut juga dilihat mengandungi data sulit syarikat yang tidak sepatutnya diperlihatkan ke sistem parti ketiga di internet.

Samsung mengatakan bahawa walaupun penggunaan ChatGPT dalam syarikat dibenarkan, mereka nampaknya akan cuba untuk membangunkan pembantu kecerdasan buatan mereka sendiri yang memastikan bahawa data-data yang dimasukkan kedalam sistem tersebut akan kekal dalam syarikat tersebut dan tidak dimuat-naik ke mesin pelayan diluar kawalan syarikat tersebut.

Ini merupakan salah satu insiden pertama dimana isu seperti data sulit syarikat dimuat-naik ke sistem kecerdasan buatan secara tidak sengaja. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi samada ketirisan ini akan memberi kesan buruk kepada proses ujian dan pembangunan teknologi Samsung.
 
Back
Top
Log in Register