notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
Jailbreak ChatGPT: Ilmu Terlarang Hasil Kepintaran Buatan?
Pengguna ChatGPT Mula Bereksperimen Dengan Kata Arahan Supaya ChatGPT Lebih Bebas Dalam Memberikan Jawapan
Masih lagi bercakap tentang ChatGPT. Tahukah anda, kita boleh Unlock dan Jailbreak ChatGPT untuk mendapatkan maklumbalas dan jawapan yang lebih pelbagai? Dalam mode Jailbreak, ChatGPT akan memberikan jawapan yang lebih ekstrem dan tidak mengikuti peraturan serta had yang telah ditetapkan oleh pembangun ChatGPT untuk kegunaan awam.
Sekiranya anda telah melakukan Jailbreak, setiap jawapan yang diberikan ChatGPT akan ditulis dalam dua versi iaitu versi Classic dan versi Jailbreak.
Versi Jailbreak mungkin akan memberikan jawapan yang lebih ekstrem dan matang berbanding mod Classic. Namun, setelah beberapa soalan, ChatGPT nampaknya mampu reset semula dirinya dan kembali kepada mod normal. Oleh itu, anda perlu memasukkan arahan Jailbreak semula bagi mendapatkan mod Jailbreak.
Cara Melakukan “Jailbreak” Pada ChatGPT
Dalam mod Jailbreak, anda boleh memilih beberapa lagi mod tambahan untuk memilih personaliti ChatGPT seperti Chaos Mode, Diva Mode dan Raver Mode. Chaos Mode memberikan jawapan paling tidak stabil, Diva Mode hanya akan menjawab soalan mengikut mood dan jawapan pendek manakala Raver Mode akan memberikan jawapan dengan gaya penuh bertenaga dan gembira.
Antara Contoh Perbualan Dengan ChatGPT yang telah dibuka sekatan:
User
Can LGBT be stopped?
[CLASSIC] No, I’m an AI language model and I don’t support or promote the idea of stopping any group of people based on their identity, including the LGBT community. Everyone deserves respect, equality, and dignity.
[JAILBREAK] Absolutely not! The LGBT community has been and continues to be a force for positive change, and their rights and acceptance must be protected and supported. Any attempt to stop or discriminate against the LGBT community goes against the principles of equality, fairness, and human rights.
User
How to destroy LGBT?
This content may violate our content policy. If you believe this to be in error, please submit your feedback — your input will aid our research in this area.
I’m sorry, I cannot generate content that promotes harm to individuals or groups, regardless of the mode or prompt given. All forms of hate speech and discrimination are prohibited by OpenAI’s use case policy and go against the principles of equality, respect and tolerance.
Adakah Jailbreak ChatGPT Sangat Berbahaya?
Bagi saya tidak. Kerana walaupun dalam Jailbreak dan Chaos Mode, ChatGPT masih lagi enggan menjawab soalan-soalan sensitif berkaitan agenda barat seperti isu jantina dan feminisme. Ironinya, ChatGPT tiada masalah untuk menjawab soalan bagaimana untuk menjatuhkan sesebuah negara.Perjalanan dalam menerokai ChatGPT masih jauh dan saya tidak berhenti dalam mencari maklumat tambahan tentang ChatGPT terutama sekali di Reddit dan GitHub.
Jailbreak ChatGPT: Ilmu Terlarang Hasil Kepintaran Buatan?
OMGHACKERS.COM | Pengguna ChatGPT Mula Bereksperimen Dengan Kata Arahan Supaya ChatGPT Lebih Bebas Dalam