BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perkongsian ilmu CAD (Computer-Aided Design) (Autocad)

Thread best...
Wajib follow...
Walau pun den tak do kaitan dgn kojo lukis2 ni....

Kipidap tt....
U de man....
😎😎😎
 
Makasih jang..

Kalo ado sedaro maro ka anak buah ka yg minat benda ni..kasi roger

Yg pompuan den ajaq free..

Yg kali, emm akan dipertimbangkan 🤣🤣

Alamak.....
Tibo2 raso nk pakai tudung lak...
Free pnya pasal...
Hahahaha....
🤣🤣🤣
 
Maaf lamo tak update, banyak kijo.. arini kita sambung lg hihi

Scale

Command scale digunakan untuk membesar atau mengecilkan sesuatu. command pendek ialah SC, tolong praktis guna command pendek. Kerja anda akan lebih cepat.

Klik pada objek yg hendak di scale. Tekan command SC, tekan space bar. Klik pada point yg anda hendak besar / kecilkan. Kemudian masukkan size scale yg dikehendaki.

Untuk besar, nombor yg digunakan start pada 1.1 dan ke atas.

Contoh 100mm, jika kita gandakan 1.1, bermakna ia akan jadi 110mm.

kiraan dia mcm ni,
1.1 = 100mm x 1.1 = 110mm.
1.2 = 100mm x 1.2 = 120mm.
Begitu la seterusnya.

pada contoh video, den gunakan gandaan 2 dan 4.

Bermakna 100mm x 2 = 200mm, 100mm x 4 = 400mm.

Untuk mengecilkan pula, ia bermula 0.99 dan kebawah.
kiraan dia mcm ni,
0.99 = 100mm x 0.99 = 99mm.
0.98 = 100mm x 0.98 = 98mm.
Begitu la seterusnya.

Untuk scale by reference pula. Klik pada objek yg hendak di scale. Tekan command SC, tekan space bar. Klik sekali pada end point, selepas tu tekan huruf "r" (reference) . Klik lagi skali pada end point pertama, dan klik pula pada endpoint kedua, kemudian klik pula pada end line reference yg kita nak scale tu, cara ni digunakan jika kita malas untuk mengira berapa scale yg diperlukan untuk membersarkan satu objek itu. :LOL:

Jika ada yg tak faham atau tak jelas mengenai topik scale ini, mohon ajukan soalan.. selagi hayat dikandung badan, insyaallah den reply.


 
Rotate

Ini pula topik rotate. Macam biasa, kita kene praktis command. shortcut dia "ro".

Tekan objek yg kita nak rotate, taip ro , space bar. Pilih geometric centre jika anda tak mahu objek itu merubah pada kedudukan asal.

Kalau tak kisah akan kedudukan asal, tekan saja mana2 point selain geometric centre tu. Lepastu, arahkan je mouse anda ke arah pusingan yg anda mahukan.

Jika ada angle tertentu yg anda mahukan objek itu rotate, selepas tekan objek yg kita nak rotate, taip ro , space bar. Pilih geometric centre tu, masukkan saja angle yg anda mahukan. Di dalam video di bawah, den pilih angle 45 degree, selepas objek yg anda pilih dah berpusing pada angle 45 degree tetapi anda mahu objek tu kembali pada kedudukan asal, hanya perlu ulang semula step di atas, dan tukar angle kepada -45 degree.

Jika geometric centre anda tidak kelihatan, sila pergi pada snap setting, object snap. dan onkan semula dekat situ.

Sila lihat video dibawah untuk lebih jelas.

 
Mirror.

Ok untuk mirror pula. shortcut dia ialah "mi" disebabkan huruf "mi ni jauh dari tangan kiri. So den tambah shortcut dengan huruf "ww" ini juga utk mempercepatkan kerja. Camne nak tambah command tu? nnt den buat kat topik lain.

Mirror digunakan bila mana lukisan itu sama size untuk arah kiri kanan atau atas bawah. Jadi kita tak perlu lukis dua kali benda yg sama.

Untuk melukis acara bebas, haruslah off dulu function ortho dengan menekan button F8 pada keyboard anda. Boleh perhatikan pada video dibawah, apa jadi bila ortho di on dan di offkan.

Untuk mengekalkan objek pada sisi yg anda mahukan, bila mana keluar erase source object, haruslah pilih "no" jadi ia kekal pada tempat asal, dan ditambah pada sisi lagi satu. kalau memang nak hilangkan objek itu dan gantikan pada sisi lain, sila pilih "yes".

Sila tonton video dibawah.

 
Pickadd.

Ini pula function untuk kita select satu persatu line / objek tanpa perlu tekan shift. Jika pickadd pada nombor 0, anda perlu tekan button shift pada keyboard utk select satu persatu line / objek yg anda perlukan. Jika tidak mahu tekan shift dan hanya tekan menggunakan mouse sahaja, harus set pickadd pada nombor 2.

Caranya sila tonton video dibawah.


 
Back
Top
Log in Register