Rotate
Ini pula topik rotate. Macam biasa, kita kene praktis command. shortcut dia "ro".
Tekan objek yg kita nak rotate, taip ro , space bar. Pilih geometric centre jika anda tak mahu objek itu merubah pada kedudukan asal.
Kalau tak kisah akan kedudukan asal, tekan saja mana2 point selain geometric centre tu. Lepastu, arahkan je mouse anda ke arah pusingan yg anda mahukan.
Jika ada angle tertentu yg anda mahukan objek itu rotate, selepas tekan objek yg kita nak rotate, taip ro , space bar. Pilih geometric centre tu, masukkan saja angle yg anda mahukan. Di dalam video di bawah, den pilih angle 45 degree, selepas objek yg anda pilih dah berpusing pada angle 45 degree tetapi anda mahu objek tu kembali pada kedudukan asal, hanya perlu ulang semula step di atas, dan tukar angle kepada -45 degree.
Jika geometric centre anda tidak kelihatan, sila pergi pada snap setting, object snap. dan onkan semula dekat situ.
Sila lihat video dibawah untuk lebih jelas.