BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Tubuh Majlis Tahfiz Negara Dibawa Ke Kabinet Rabu Depan - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
930ad626128eaed6ac3accb823f2bed469f49a48e2c52

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Penutup dan Penyerahan Resolusi Kongres Pendidikan Bumiputra sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang dicapai pada Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 hari ini akan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu penting bagi memperkukuh kedudukan pendidikan tahfiz dalam arus perdana sistem pendidikan negara dan memastikan pembangunan insan yang seimbang daripada segi ilmu serta akhlak.

“Dalam konteks ini, pendidikan tahfiz tidak boleh terus dilihat sebagai aliran pinggiran. Tahfiz mesti diberikan tempat yang lebih bermakna dalam arus pendidikan negara.

“Kita mahu melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran tetapi juga huffaz profesional, jurutera huffaz, doktor huffaz, teknokrat huffaz, usahawan huffaz dan pemimpin huffaz," katanya ketika merasmikan Kongres Pendidikan Bumiputera 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Kongres yang menghimpunkan lebih 5,000 tokoh akademik, profesional dan mahasiswa itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO.

 
Back
Top
Log in Register