Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kerajaan Persekutuan Lulus Penubuhan Majlis Tahfiz Negara
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kanan) dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (enam, kanan) bergambar bersama hadirin pada Majlis Himpunan Huffaz Negeri Pahang Tahun 2026 di pekarangan Rumah Pahang Kompleks Yayasan Pahang malam ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Kabinet pada minggu lepas.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meminta saya yang menjadi pengerusi (Majlis Tahfiz Negara). Insya-Allah dengan sokongan semua ia akan menjadi satu langkah besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Huffaz Negeri Pahang Tahun 2026 di Yayasan Pahang, hari ini.
Majlis yang julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 5,000 huffaz di seluruh negeri ini.
Dalam pada itu, beliau berharap dengan penubuhan Majlis Tahfiz Negara, pendidikan itu dapat dilihat sebagai laluan pendidikan yang luas, serta diiktiraf dalam sistem pendidikan.
“Saya mahu anak-anak tahfiz mampu bergerak daripada madrasah ke universiti, daripada hafazan kepada kemahiran dan daripada institusi tahfiz ke dunia profesional dengan keyakinan, kelayakan dan masa depan yang lebih terbuka,” katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata Pahang telah membuktikan bahawa pendidikan tahfiz boleh dibangunkan sebagai satu laluan ilmu yang lengkap dengan bermula daripada peringkat awal kanak-kanak, disambung ke sekolah sehingga pentas antarabangsa.
“Contohnya, usaha menyemai kecintaan kepada al-Quran sejak usia awal telah pun diterjemahkan di Pahang melalui ilham Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) menerusi Tadika Tahfiz Negeri Pahang.
"Daripada asas awal inilah, Pahang membina laluan tahfiz yang lebih tersusun, berperingkat dan memberikan makna besar kepada masa depan anak-anak huffaz,” katanya.
Loading…
www.bernama.com