BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Mohon Kerajaan Persekutuan Panjangkan Landasan LTAM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Melaka Mohon Kerajaan Persekutuan Panjangkan Landasan LTAM​

3bed4be2efbfd677ba162319a9d88db26a8bbf2edf52f

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Yang Dipertua Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri dekat Ayer Keroh hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam memohon agar kerajaan Persekutuan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini.

Beliau berkata ia bagi membolehkan LTAM menerima pendaratan kapal terbang generasi baharu seperti Airbus A320neo dan Boeing 737 MAX dengan kapasiti muatan penuh seperti Lapangan Terbang Rotterdam The Hague di Belanda.

“Lapangan terbang tersebut yang pada awalnya berperanan sebagai hab penerbangan pelancongan, kini telah menjadi hab bagi penerbangan tambang murah serta sektor bisnes dengan penerbangan ke lebih 50 destinasi merentasi Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka 2026 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata Melaka merekodkan kehadiran lebih daripada 15.9 juta pelancong pada 2025 iaitu peningkatan sebanyak 5.9 peratus berbanding 2024.

Beliau berkata hingga Jun tahun ini pula, sebanyak 7.2 juta pelancong berkunjung ke Melaka sekali gus mencerminkan daya tarikan negeri itu yang terus kukuh di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan lebih daripada 840 produk pelancongan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing wajar dibanggakan.

“Program seperti Melaka Bila Larut Malam serta penganjuran Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bukan sahaja memperkayakan pengalaman pelancong malah menyumbang kepada suasana bandar yang mesra dan hidup,” katanya.

Mohd Ali turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas pelaksanaan Projek Benih Padi dan Beras Melaka yang menunjukkan peningkatan hasil memberangsangkan.

 
Back
Top
Log in Register