BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Persekutuan Lulus Penubuhan Majlis Tahfiz Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Kerajaan Persekutuan Lulus Penubuhan Majlis Tahfiz Negara​

28a37ac306e6ab367c5f373b827c0cb36a3415709096c

b2a7805b859dbf586ffc8fdd9284fd926a341581cabff

3d57000fdd054519461af1aa6609fa996a3415966c8ba

0a7954e28d81bb6c0ee552aec853409d6a3415a907f52

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (lima, kanan) dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (enam, kanan) bergambar bersama hadirin pada Majlis Himpunan Huffaz Negeri Pahang Tahun 2026 di pekarangan Rumah Pahang Kompleks Yayasan Pahang malam ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara  sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu telah diluluskan dalam Mesyuarat Kabinet pada minggu lepas.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meminta saya yang menjadi pengerusi (Majlis Tahfiz Negara). Insya-Allah dengan sokongan semua ia akan menjadi satu langkah besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Huffaz Negeri Pahang Tahun 2026 di Yayasan Pahang, hari ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan lebih 5,000 huffaz di seluruh negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan penubuhan Majlis Tahfiz Negara, pendidikan itu dapat dilihat sebagai laluan pendidikan yang luas, serta diiktiraf dalam sistem pendidikan.

“Saya mahu anak-anak tahfiz mampu bergerak daripada madrasah ke universiti, daripada hafazan kepada kemahiran dan daripada institusi tahfiz ke dunia profesional dengan keyakinan, kelayakan dan masa depan yang lebih terbuka,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Pahang telah membuktikan bahawa pendidikan tahfiz boleh dibangunkan sebagai satu laluan ilmu yang lengkap dengan bermula daripada peringkat awal kanak-kanak, disambung ke sekolah sehingga pentas antarabangsa.

“Contohnya, usaha menyemai kecintaan kepada al-Quran sejak usia awal telah pun diterjemahkan di Pahang melalui ilham Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) menerusi Tadika Tahfiz Negeri Pahang.

"Daripada asas awal inilah, Pahang membina laluan tahfiz yang lebih tersusun, berperingkat dan memberikan makna besar kepada masa depan anak-anak huffaz,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register