BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Persekutuan Peruntuk Lebih RM40 Juta Bagi Projek Sejati MADANI Di Melaka

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
5201f588d244df9ed9307192a09b61f569e0470734f74

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya Rumput Dzalin Ayub (kanan) bersama Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Melaka Afzai Nizam Sandiman (kiri) semasa meninjau projek ternakan ikan air tawar di Kampung Paya Rumput,Masjid Tanah.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40.28 juta bagi Projek Sejati MADANI di Melaka sejak 2024.

Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Melaka Afzai Nizam Sandiman berkata ia membabitkan sebanyak RM25.39 juta pada 2024, RM14.88 juta (2025) dan RM2.5 juta pada tahun ini.

“Setakat ini, sebanyak 1,013 permohonan diterima dengan 743 kelulusan telah diberikan sepanjang dua tahun pelaksanaannya.

“Ia membabitkan 254 komuniti yang memohon 489 projek pada 2024, dan 149 komuniti serta 254 permohonan projek pada 2025,” katanya kepada Bernama.

Afzai Nizam berkata daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah permohonan tertinggi membabitkan 178 permohonan sepanjang dua tahun lepas, diikuti Alor Gajah (121 permohonan) dan Jasin (104 permohonan).

Beliau berkata pada tahun ini, pihaknya akan memberikan fokus kepada persatuan belia untuk menjana pendapatan bagi golongan itu.

Afzai Nizam berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan bagi memperkasakan golongan belia dalam bidang keusahawanan yang boleh menjana pendapatan kepada persatuan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM250 juta khusus kepada persatuan belia di seluruh negara bagi Projek Sejati MADANI pada tahun ini.

 
Back
Top
Log in Register