BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Audit Forensik FELDA Akan Dibawa Ke Kabinet - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Cadangan Audit Forensik FELDA Akan Dibawa Ke Kabinet - PM Anwar​

b2f032b40e089c6ab5f28a1df54baa2f6a8d169f0cb34

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Cadangan supaya audit forensik dijalankan terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan bawa (perkara ini) ke (mesyuarat) Kabinet (untuk) dibincangkan," katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya audit forensik dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa, pecah amanah atau pelanggaran tatakelola dalam pengurusan FELDA.

Pada 23 Ogos, Ahmad Zahid berkata audit pengurusan sahaja tidak memadai memandangkan isu melibatkan agensi itu telah berlarutan sejak sekian lama dan mengakibatkan kerugian mencecah berbilion ringgit.

Sebelum ini, Anwar berkata beliau akan menunggu laporan lengkap pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan FELDA sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Beliau berkata pasukan itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat sebelum didedahkan kepada umum sebagaimana laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

 
Back
Top
Log in Register