BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Felda Perlu Kemuka Laporan Cadangan Jual Aset Di Bawah Nilai Belian - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Felda Perlu Kemuka Laporan Cadangan Jual Aset Di Bawah Nilai Belian - PM Anwar​

779fa48cc1b5b95a73ab44048d2924786a75b33e2cb5c

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyediakan laporan lengkap berhubung cadangan penjualan sebuah hotel milik agensi itu yang didakwa pada nilai jauh lebih rendah berbanding harga pembelian asal.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mendedahkan beliau enggan menandatangani dokumen kelulusan jualan tersebut selepas mendapati hotel berkenaan mahu dijual pada harga 100 juta pound Britain, sedangkan ia dibeli oleh pengurusan terdahulu pada harga 160 juta pound Britain.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cadangan penjualan yang merugikan itu memandangkan warga peneroka Felda masih berdepan pelbagai kesukaran hidup dan memerlukan bantuan kerajaan untuk menambah baik kemudahan asas.

“Felda ini di bawah jagaan saya. Dua bulan lepas, pengurusan Felda datang minta saya tandatangan untuk penjualan hotel ini. Saya kata, nanti sekejap, ini berniaga apa macam ini? Jual harga rendah daripada sewaktu beli. Jadi saya tidak tandatangan. Saya kata, cari balik siapa yang buat kerja itu, buat laporan.

“Orang Felda, peneroka susah. Saya pergi kunjungan, dia (peneroka) kata hendak pendingin hawa, sekolah mahu baiki, pendapatan tak cukup. Tapi ini Felda pula (penjualan merugikan) senang-senang sahaja hilang,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Perdana Menteri berkata langkah meminta pihak Felda mengemukakan laporan lengkap itu adalah bagi mempertahankan Felda sebagai sebuah institusi penting di Malaysia.

“Kalau tidak (biarkan sahaja) sampai bila pun kita ini, agensi-agensi termasuk agensi Melayu yang kita banggakan, kita nak pertahankan, ini akan jadi apa. Jadi kita harus betulkan itu,” katanya.

 

PMX PERSOAL FELDA NAK JUAL HOTEL! waterpark is going on here man? :unsure:

FELDA sekali lagi menjadi perhatian apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengurusannya mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan menjual sebuah hotel milik agensi itu pada harga yang dikatakan lebih rendah daripada harga belian asal.

Persoalannya, kenapa aset yang dibeli dengan nilai lebih tinggi boleh dicadangkan untuk dijual pada harga yang lebih rendah?
Adakah ini keputusan perniagaan yang biasa berlaku apabila nilai pasaran jatuh, atau wujud perkara lain yang perlu diperjelaskan?

Dalam video ini, kita akan kupas bagaimana aset seperti hotel dinilai, dalam keadaan apa penjualan di bawah harga belian boleh dianggap munasabah, dan mengapa kerajaan mahu mendapatkan penjelasan terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.


 

Agong titah, selesai Tabung Haji bongkar Felda pula - Anwar​

Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus membongkar isu-isu berkaitan Felda sebaik sahaja selesai meneliti penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Bercakap di Melaka hari ini, Presiden PKR itu menjelaskan isu tersebut mendapat perhatian dan penekanan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dalam pertemuan dengan baginda baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register