BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan Interim Hala Tuju Strategik FELDA Dikemuka Kepada PM Hujung Bulan Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Laporan Interim Hala Tuju Strategik FELDA Dikemuka Kepada PM Hujung Bulan Ini​

d9c537f9e7cda8e27872624f5fe33f5e63f8d9363766f


Laporan interim yang mengandungi hasil kajian serta cadangan penambahbaikan oleh Jawatankuasa Khas Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025-2030 (Jawatankuasa Khas HTF30) akan dikemukakan kepada Perdana Menteri pada penghujung bulan ini.

Jawatankuasa Khas HTF30 dalam kenyataan hari ini memaklumkan laporan itu disediakan selepas jawatankuasa berkenaan mengadakan enam siri mesyuarat bersama pihak berkaitan termasuk FELDA.

“Siri mesyuarat berkenaan meneliti pelbagai aspek melibatkan hala tuju strategik, operasi, kedudukan kewangan, struktur organisasi dan tadbir urus Kumpulan FELDA,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Jawatankuasa Khas HTF30 sedang meneliti perkara-perkara seperti status penyahsenaraian FGV Holdings Berhad serta pembentukan model perniagaan baharu untuk mencapai kelestarian dan kemandirian FELDA.

“(Turut diteliti) cadangan Model FELDA Baharu yang turut menyentuh tanggungjawab FELDA terhadap peneroka dan generasi seterusnya,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa itu turut mengkaji isu kelemahan tadbir urus dalam pembelian atau pelaburan lapan aset seperti yang terkandung dalam Kajian Forensik Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019.

Selain itu, penelitian turut melibatkan isu premium tanah tertunggak, pendaftaran hak milik dan kedudukan tanah dengan kerajaan negeri.

Penubuhan Jawatankuasa Khas HTF30 diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun 2025 bagi mengkaji dan meneliti pelan strategik yang disediakan oleh FELDA dan dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Ahmad Fuad Md Ali serta Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Jawatankuasa Khas HTF30 hanya berperanan sebagai badan penasihat manakala tanggungjawab fidusiari kekal digalas oleh Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan FELDA dan anak syarikatnya selaras dengan struktur tadbir urus sedia ada.

 

LIMA PERKARA WAJIB TAHU PASAL FELDA!​

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam FELDA sehingga pelbagai isu lama kembali disiasat, bekas pegawai dipanggil SPRM dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menentukan masa depannya?

Daripada beban hutang dan pelaburan bermasalah hinggalah kelemahan tadbir urus serta nasib peneroka, ini lima perkara penting yang rakyat wajib tahu untuk memahami bagaimana institusi yang dibina bagi membantu masyarakat luar bandar boleh terperangkap dalam masalah kewangan begitu besar.

 
Back
Top
Log in Register