BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Kenaikan Harga Barang Jejas Peniaga Kecil Dibawa Ke Kabinet Rabu Ini - PM Anwar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
18f7841b5fd33aba5247812f18ebb8f969f80a3cb6774

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Isu kenaikan harga barang yang dihadapi peniaga kecil akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini bagi meneliti langkah mengurangkan beban golongan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata maklum balas yang diperoleh secara langsung daripada peniaga kecil seperti pengusaha warung mendapati kenaikan harga barangan berlaku sedikit demi sedikit setiap minggu, namun memberikan kesan ketara kepada operasi perniagaan.

"Saya bukan dengar daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Datuk Johan Mahmood Merican) atau Ketua Setiausaha (KSU), saya dengar daripada kedai,” kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di sini hari ini.

Anwar berkata walaupun laporan rasmi menunjukkan harga barangan masih terkawal, realiti pada peringkat akar umbi perlu diambil kira dalam merangka dasar kerajaan.

Beliau menegaskan adalah penting pemantauan lebih teliti dilaksanakan sekiranya kenaikan harga tidak dapat dikawal sepenuhnya.

"Jadi hari Rabu mesyuarat Jemaah Menteri, saya akan bawa kes ini. Saya kata macam mana kita nak pantau betul-betul, kalau benar tak boleh kita kawal, apakah yang harus kita lakukan lagi untuk mengurangkan beban seperti peniaga kecil.

"Itu sebab saya kata kita ini (walau) pandai, bijak, dikelilingi oleh pakar-pakar terkemuka, masih harus mendengar dari bawah dan akar umbi," kata beliau.

[Tinjauan] Harga barang naik, minyak lonjak: Peniaga runsing, orang ramai terhimpit!​

Ketegangan geopolitik seperti konflik Iran dan Amerika Syarikat mengganggu laluan utama perdagangan minyak dunia, sekali gus menyebabkan harga minyak melonjak sejak krisis bermula.

Kenaikan ini memberi kesan langsung kepada kos logistik dan penghantaran, yang akhirnya mendorong peningkatan harga makanan di pasaran tempatan. KiniTV turun padang bagi mendapatkan pandangan orang ramai dan peniaga kecil.

@dloanman tipu
07852029-FDF4-4143-A31C-CB19260C72DA.png
 
Back
Top
Log in Register