BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Naikkan Bantuan Wang Ihsan Akan Dibawa Ke Kabinet - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5bbe18aedf28d5da98f79d9e8ae78ea96943dc82777dd

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita semasa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar hari ini.

Turut sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan membawa cadangan menaikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa bencana di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.

Beliau berkata usaha itu bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat bencana, antaranya mangsa banjir berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Baru sahaja naik daripada RM500 kepada RM1,000, tetapi saya akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dapat kelulusan dengan jumlah kenaikkan bergantung kepada kemampuan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ahmad Zahid berkata usaha berkenaan selari dengan keperluan semasa, bagi memastikan kebajikan mangsa bencana terus terpelihara, terutama melibatkan keperluan asas dan pemulihan pascabencana.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum ini memaklumkan bahawa BWI sebanyak RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat bencana.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan akan menyalurkan BWI kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berdaftar di seluruh negara, sebelum mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Mengikut peraturan lama, mereka hanya mendapat bayaran tiga hari selepas PPS itu dikosongkan,” katanya yang memaklumkan penambahbaikan insiatif itu, hasil keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
Back
Top
Log in Register