BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

BN pertaruh kestabilan, PH tawar akses kerajaan pusat di Jeram Padang

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

BN pertaruh kestabilan, PH tawar akses kerajaan pusat di Jeram Padang​

c4a64055-68f9-4320-bdc9-64b8548c04b4-Zaidy-Manivannan-PRNN9-240726.jpg

Penyandang BN Mohd Zaidy Abdul Kadir akan berdepan G Manivannan daripada PH dan calon Bersatu serta Parti Orang Asli Malaysia di Jeram Padang.

Penyandang kerusi itu berkata, pengalaman BN mentadbir negeri selama lebih enam dekad membuktikan parti itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Katanya, pengundi kini lebih bijak menilai pemimpin berdasarkan rekod perkhidmatan, bukan sekadar janji ketika musim pilihan raya.

“Rakyat bijak menilai siapa yang hanya pandai berjanji dan siapa yang boleh menabur bukti. Yang penting masyarakat di sini mahu melihat pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat.

“Mana-mana pemimpin yang boleh memberi keadilan kepada semua kaum, Cina, Melayu, India dan Orang Asli, akan diangkat menjadi wakil rakyat di sini, insya-Allah,” katanya kepada FMT.

Zaidy turut mendakwa, sokongan terhadap BN semakin meningkat susulan persefahaman dengan Perikatan Nasional, yang menurutnya mampu menyatukan sokongan pengundi Melayu.

“Persefahaman antara PN dan BN menyebabkan undi Melayu tidak berpecah. Kita nampak pengundi Melayu akan menjadi lebih solid dan memberi tentangan hebat kepada Pakatan Harapan.

“Saya mohon semua pengundi, khususnya orang Melayu daripada PAS dan BN, bersatu padu demi memastikan kebangkitan rakyat Negeri Sembilan dan kestabilan politik negeri ini,” katanya.

Sementara itu, calon PH G Manivannan berkata keutamaannya ialah mempercepat pembangunan di Jeram Padang, termasuk menangani isu bekalan air yang sering dibangkitkan penduduk.

Katanya, hubungan rapat dengan kerajaan negeri dan persekutuan akan memudahkannya membawa pembangunan serta mempercepat penyelesaian masalah rakyat.

Manivannan, yang juga setiausaha politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata wakil rakyat perlu mempunyai hubungan kerja yang baik dengan semua peringkat kerajaan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau turut menolak dakwaan dirinya calon luar dengan menjelaskan keluarganya mempunyai hubungan lama dengan Jeram Padang.

“Ibu saya dilahirkan di sini, belajar di sini sehingga berkahwin. Sehingga umur saya 10 tahun, saya sentiasa datang ke sini dan mempunyai ramai saudara-mara di kawasan ini,” katanya.

DUN Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Zaidy, Manivannan, R Sri Sanjeevan (Bersatu) dan Dayana Dal (Parti Orang Asli Malaysia).

Pada PRN lalu Zaidy memenangi kerusi itu dengan majoriti 693 undi.
 
Back
Top
Log in Register