BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor : PH Pertaruh Tokoh Berwibawa Pastikan Kerajaan Negeri Seiring Pusat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146

PRN Johor : PH Pertaruh Tokoh Berwibawa Pastikan Kerajaan Negeri Seiring Pusat​

9140434761198277499e1350c6e7c1056a3f5d13c0795

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengiringi calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik sempena penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato' Onn hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan barisan tokoh berwibawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memastikan pembentukan kerajaan negeri yang bergerak seiring dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu amat penting bagi memastikan segala perancangan dasar di peringkat Pusat yang memberi manfaat besar kepada rakyat Johor tidak berdepan sebarang masalah.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata susunan kerjasama di peringkat Pusat yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak berlaku di Johor memandangkan kerajaan negeri sedia ada telah ditubuhkan lebih awal.

“Walau apapun bentuk kerjasama, fokus Kerajaan Persekutuan ialah memastikan Johor sebagai satu komponen penting,” katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Beliau hadir bersama Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari bagi mengiringi calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik.

Saifuddin Nasution yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata Kerajaan Pusat yang diterajui PH telah membuktikan bahawa pelbagai inisiatif ekonomi dan pembangunan yang dilaksanakan di Johor akan memberikan kesan limpahan manfaat kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang kini mula menunjukkan angka pelaburan masuk yang luar biasa, yang menuntut penyelarasan mantap antara kerajaan negeri dan Pusat.

Bagi menyokong agenda ekonomi tersebut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan komited menyelesaikan isu kesesakan di Tambak Johor yang berlarutan sejak puluhan tahun melalui pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bernilai lebih RM1 bilion bagi menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“Selain penggantian sistem MyIMMs kepada MyNIISe, langkah konkrit lain termasuklah pemasangan AutoGate dan pembukaan pintu masuk antarabangsa baharu melalui Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link di Bukit Chagar pada Disember ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register