BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PSM Pertaruh Calon Tunggal Pada PRN Johor

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PSM Pertaruh Calon Tunggal Pada PRN Johor​

0f8caf41e682ed3ce9a1daf329fd01366a3d04dc56c81

Kredit: X@partisosialis

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Timbalan Pengerusi PSM S. Arutcelvan berkata keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.

“Pilihan raya ini mahal dan kebiasaannya hanya parti besar mempunyai sumber mencukupi. Jadi PSM memilih untuk bertanding di kawasan strategik yang boleh memberi impak terbaik kepada parti,” katanya pada sidang media calon PSM sempena PRN Johor di sini hari ini.

Beliau berkata DUN Skudai dipilih kerana ia kawasan bandar yang berdepan pelbagai isu melibatkan golongan pekerja dan perumahan, selain selari dengan agenda PSM membawa suara masyarakat.

Amir Syafiq, 40, yang merupakan Setiausaha PSM Johor dan aktivis hak pekerja mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Teesside University, United Kingdom.

 
Back
Top
Log in Register