BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Anwar rayu rakyat beri mandat pada calon PH

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: Anwar rayu rakyat beri mandat pada calon PH​

02951a33aed93c1aeabc400b3600afc5.jpg


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Johor untuk memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu menerajui pentadbiran negeri tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa, ayat 58, yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.

Pada PRN Johor kali ini, PH bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

- Bernama

 
Back
Top
Log in Register