BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN N Sembilan: Anwar rayu pengundi beri mandat kukuh kepada PH

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PRN N Sembilan: Anwar rayu pengundi beri mandat kukuh kepada PH​

5e3d770d-calon-harapan-anwar-ibrahim-poster-tile-pic-18726.jpg

Pengerusi PH Anwar Ibrahim, berkata walaupun pelbagai inisiatif dilaksana di Negeri Sembilan sejak 2018, namun masih banyak agenda perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Anwar berkata, mandat lebih besar diperlukan bagi meneruskan pentadbiran bersih, stabil, dan berintegriti di bawah kepimpinan Aminuddin.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat yang lebih kukuh kepada Harapan demi kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018, pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun masih banyak agenda perlu diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

“Sejak 2018, pelbagai ikhtiar telah digerakkan. Namun, masih banyak yang perlu diteruskan agar kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

PH bertanding di semua 36 kerusi, manakala BN dan PN mencapai persefahaman pilihan raya, menyaksikan masing-masing bertanding di 25 dan 11 kerusi.

Antara nama besar PH bertanding adalah Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang mempertahankan kerusi Chennah, selain Aminuddin yang juga naib presiden PKR bertanding di Linggi, selepas meninggalkan Sikamat yang disandang empat penggal.

PH turut mencalonkan bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan di Jeram Padang, selain mengekalkan beberapa anggota exco seperti S Veerapan (Repah), Teo Kok Seong (Bahau), dan Noorzunita Begum (Pilah).

PRN Negeri Sembilan dijadual 1 Ogos ini.
 
Back
Top
Log in Register