BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Anwar Rayu Rakyat Beri Mandat Kepada Calon PH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,176
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,176
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Anwar Rayu Rakyat Beri Mandat Kepada Calon PH​

4237dad2e82d480c2dfe72356adfcc106a40fa554c192

kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon rakyat Johor untuk memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu menerajui pentadbiran negeri tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.

“Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon Pakatan Harapan untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa, ayat 58, yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.

Pada PRN Johor kali ini, PH bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

PRN Johor akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.

 
Back
Top
Log in Register