BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Seru Rakyat Negeri Sembilan Terus Beri Mandat Kepada PH

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Anwar Seru Rakyat Negeri Sembilan Terus Beri Mandat Kepada PH​

cb0c59f85ae3bb35abe270969ef367766a2c2d300d3c4

0dc75defd265fa108a8293059aa9b67a6a2c2ccd44d17

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke- 16 di Karisma Arena malam ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat di Negeri Sembilan memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 untuk terus mentadbir negeri itu.

Perdana Menteri berkata sokongan itu penting bagi membolehkan mandat diberikan sepenuhnya kepada Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik semula selaku Menteri Besar supaya masa depan negeri lebih terjamin.

"Sekarang, saya minta mandat kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan… bagi mandat ini, Tok Min (Aminuddin Harun) dilantik sebagai Menteri Besar.

"Insya-Allah, masa depan Negeri Sembilan lebih terjamin. Masa depan negeri ini adalah masa depan pekerja, peniaga-peniaga kecil," kata beliau ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya PH Negeri Sembilan di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PH Anthony Loke, Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PKR merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan barisan kepimpinan tertinggi yang lain.

Anwar turut menegaskan kerajaan yang memerintah ketika ini memberi tumpuan kepada usaha menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuh ekonomi negara melalui kemasukan pelaburan.

Beliau berkata prestasi pelaburan Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan berbanding beberapa negara jiran, dengan beberapa negeri turut mencatatkan pertumbuhan pesat.

“Saya nak tekan sekali lagi, kita memerintah untuk kebajikan rakyat. Kita nak kerja nak sebaik mungkin,” kata beliau dan menambah antara negeri yang menunjukkan lonjakan pembangunan ialah Johor dan Negeri Sembilan hasil daripada peningkatan aktiviti ekonomi dan pelaburan yang masuk ke negara ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pendekatan bermusuhan walaupun wujud perbezaan politik dalam kalangan pemimpin.

 
Back
Top
Log in Register