BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar seru pengundi N Sembilan beri peluang PH terus agenda kestabilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Anwar seru pengundi N Sembilan beri peluang PH terus agenda kestabilan​

23348758-552e-44a9-b55f-450f7e8ab444-Anwar-Ibrahim-Ramah-Mesra-bersama-Masyarakat-India-PRN-N9...jpg

Anwar Ibrahim seru penduduk dan pengundi Negeri Sembilan terutama majoriti Muslim dan rakan dalam kalangan Cina, India serta Orang Asli menunaikan tanggungjawab.

Beliau turut menyeru pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli melaksanakan tanggungjawab pada hari pengundian bagi memberi mandat kepada PH meneruskan khidmat dalam menjamin kestabilan serta memacu pertumbuhan yang memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Madani.

“Saya seru penduduk dan pengundi Negeri Sembilan, terutamanya majoriti yang Muslim dan rakan-rakan dalam kalangan Cina, India serta Orang Asli, mari kita gunakan tanggungjawab kita.

“Kalau cadangan saya yang mewakili Pakatan Harapan, mohon pertimbangan supaya diberikan peluang kepada Pakatan Harapan meneruskan khidmat menjamin kestabilan dan memacu pertumbuhan yang akan memberi jaminan kesejahteraan kepada semua rakyat Negeri Sembilan bersama kerajaan persekutuan, kerajaan Madani,” katanya dalam ucapan menerusi video di Facebooknya hari ini.

Pengerusi PH berkata, sepanjang tempoh kempen pelbagai pandangan dikemukakan dan tidak menolak kemungkinan berlaku keterlanjuran, justeru, menyeru semua pihak saling memaafkan serta kembali menjalin hubungan baik selepas proses pilihan raya.

“Pilihan raya Negeri Sembilan bermula, kita telah lalui waktu kempen dan mengemukakan berbagai-bagai pandangan dan saya percaya dalam proses itu kadang-kadang ada keterlanjuran.

“Jadi marilah kita bersama-sama mohon maaf antara satu sama lain dan bersahabat semula kerana kita ini bertarung dalam kalangan semua rakan-rakan, rakyat malaysia dan pengundi Negeri Sembilan,” katanya.

Sebanyak 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi DUN esok.

PH bertanding di semua 36 DUN, diikuti Barisan Nasional (25), Bersatu (24), Perikatan Nasional (11) dan empat calon bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (Asli) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.
 
elok dihumban ke lubang taik parti penerima dana nicky dan NED
 
nak suruh undi

tapi ambik dana dr nicky.. kalau btul

pkr dan ph awal2 bg statement utk tolak duit tu

tup2 esok kes dibersihkan

mmg sial punye parti mcm nie
 
Back
Top
Log in Register