BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Fahmi Iringi Calon PH Mohd Khuzzan Di Pusat Penamaan Calon DUN Semerah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: Fahmi Iringi Calon PH Mohd Khuzzan Di Pusat Penamaan Calon DUN Semerah​

e3011e638139466069735c9c5ef496196a3f32d3ed0c5

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berarak mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Semerang Mohd Khuzzan Abu Bakar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di MRSM Batu Pahat hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil tiba di pusat penamaan calon di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, di sini pada 9.05 pagi.

​Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengiringi calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar.

​Pekarangan MRSM Batu Pahat bertukar menjadi "lautan merah dan biru" apabila ratusan penyokong bertali arus membanjiri laluan masuk dengan kibaran megah bendera parti masing-masing, manakala keadaan cuaca cerah pada pagi ini membantu kelancaran pergerakan awal di pusat penamaan calon di sini.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

 
Back
Top
Log in Register