BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: 56 Pusat Penamaan Calon Ditutup, Gelanggang Kempen Bermula

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

PRN Johor: 56 Pusat Penamaan Calon Ditutup, Gelanggang Kempen Bermula​

b261495fa4a83458500e95b99d1950ee6a3f37233cfeb

d86cb5fab42f6845e5ea897cb6ac89466a3f37353e3f6

4b87cb8163f87b2248d83c27ba0917796a3f370b0e216

57a8c52276137f13212a25090280e8fe6a3f374d40f44

4fe6f76b7ae703f4062f87fcaad3d2e16a3f3775b36c9

Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N50 Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (tengah) bersama para penyokongnya hadir pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 Dewan Raya Putra, Bandar Putra hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 selesai pada 10 pagi ini, selepas semua 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri ditutup.

Tempoh sejam diperuntukkan bagi urusan penyerahan borang pencalonan yang bermula 9 pagi, sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan penutupan proses di pusat penamaan calon masing-masing.

Tumpuan kini terarah kepada pengisytiharan rasmi senarai calon yang layak bertanding serta jumlah persaingan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selesai proses itu, tempoh berkempen selama 14 hari bagi PRN Johor bermula secara rasmi seperti  ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 11.59 malam, 10 Julai, sebelum hari pengundian berlangsung.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat penamaan calon mendapati para penyokong setia mengiringi calon parti masing-masing ke lokasi penamaan sejak awal pagi tadi.

Suasana di sekitar pusat penamaan calon dilaporkan aman dan terkawal tanpa sebarang provokasi, hasil kawalan rapi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

SPR menetapkan 7 Julai ini bagi tarikh pengundian awal manakala 11 Julai sebagai hari pengundian.

Sebanyak 2,727,926 pengundi layak menjalankan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera bersama pasangan dan 12,710 anggota polis berserta pasangan.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/index.php .

 
Back
Top
Log in Register