BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Pentas Pertandingan Hampir Lengkap Menjelang Penamaan Calon Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Pentas Pertandingan Hampir Lengkap Menjelang Penamaan Calon Esok​

cfedf92babfaa88c0a2be20cb09ce9266a3e5341a33f8

9011d7f18fd2bb2eb96952734b9a53286a3e532d3ee02

d9bcde355dd546e28797732176e562e66a3e53116728e

cbbd3a8b3604ea503fc82412c59658a36a3e52fff2f96

Kredit foto: Irfan Ruzaidi / Bernama Radio

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semakin terasa apabila hampir kesemua parti politik utama telah selesai mengumumkan calon masing-masing bagi menghadapi persaingan di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kurang 24 jam sebelum penamaan calon esok, BN dan PH muncul sebagai gabungan parti yang meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN, sekali gus memperlihatkan persaingan antara kedua-dua pihak dalam PRN kali ini.

PH muncul gabungan terawal mengumumkan calon apabila DAP terlebih dahulu memperkenalkan lima calon, diikuti seorang calon PKR, sebelum baki calon diumumkan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis di Bukit Gambir, Isnin lepas.

PH mempertaruhkan 56 calon yang terdiri daripada 20 calon PKR, 19 Amanah dan 17 DAP.

Selain itu, MUDA turut mempertaruhkan empat calon, termasuk di kerusi tunggal dimenangi mereka pada PRN lepas, Puteri Wangsa.

BN yang bertanding secara solo pada PRN ini dalam usaha untuk kembali mentadbir kerajaan negeri pula mengumumkan senarai calonnya pada Rabu lepas, menampilkan gabungan muka lama dan baharu membabitkan 37 calon UMNO, 15 MCA dan empat MIC.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan 33 calon melibatkan 16 daripada Bersatu, 11 PAS, lima Parti Kemajuan India Malaysia (MIPP) dan seorang daripada Pejuang.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal, Amir Syafiq Ameer Soekre, 40, di kerusi Skudai.

 
Back
Top
Log in Register