BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Proses Penamaan Calon Selesai, Kempen Pikat Pengundi Bermula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Proses Penamaan Calon Selesai, Kempen Pikat Pengundi Bermula​

bdbd623b1fbdf82e1dff61752904cfb86a3f8c9b9328c

f1d884eac0c91e6290fbb7f4d1abba3b6a3f2d495a599

3f5bada0c7e9298649b184849e4c42d56a3f8df9a5f13

57a8c52276137f13212a25090280e8fe6a3f374d40f44

e0fb480714a0396a92f4dd13381c5a2b6a3f3221bbae8

e3c152bbb7f2dea5b240efbd60cd51d16a3f47e8cb3fe

4fe6f76b7ae703f4062f87fcaad3d2e16a3f3775b36c9

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun bercakap pada sidang media berhubung urusan penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Bernama) – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini selesai dengan 172 calon disahkan layak bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membuka secara rasmi tempoh berkempen menjelang hari pengundian pada 11 Julai depan.

Proses penamaan itu turut menyaksikan penyertaan sulung Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dalam sejarah pilihan raya negara menerusi pertandingan empat penjuru di kerusi DUN Endau.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di kesemua pusat penamaan calon (PPC) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi dan tempoh bantahan selesai.

Seawal 7 pagi, suasana di PPC seluruh negeri mula meriah dengan laungan slogan, kibaran bendera parti dan sorakan penyokong yang mengiringi ketibaan calon bersama pimpinan tertinggi parti masing-masing, manakala cuaca baik sepanjang pagi turut melancarkan perjalanan proses penamaan calon.

Antara pemimpin parti yang mengiringi calon masing-masing ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) DUN Machap yang juga Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.

Di DUN Permas, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai perarakan ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) mengiringi Sharon Teo Siew Hui ke PPC di Dewan Muafakat Taman Mawar, dengan laungan “Johor Undi PH” bergema sepanjang perarakan yang bermula kira-kira 8.15 pagi.

Sementara itu, Menteri Komunikasi merangkap Pengarah Komunikasi PH Datuk Fahmi Fadzil tiba di PPC di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat pada 9.05 pagi bagi mengiringi calon PH DUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula mengiringi calon PH bagi DUN Senggarang yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar di pusat penamaan calon di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat.

 
Back
Top
Log in Register