BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin iringi Onn Hafiz ke pusat penamaan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin iringi Onn Hafiz ke pusat penamaan​

1aaab247-onn-hafiz-ghazi-dun-machap-fmt-270626.jpg

Onn Hafiz Ghazi diiringi pemimpin BN berarak ke pusat penamaan calon bagi DUN Machap di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR).

Onn Hafiz akan mempertahankan kerusi itu pada PRN Johor ke-16 pada 11 Julai depan.

Beliau turut diiringi Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad dan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Hishammuddin diterima semula menyertai Umno di bawah gerakan Rumah Bangsa, April lalu, selepas kedua-duanya dipecat serta digantung keahlian.

Penyokong BN mula berkumpul di bilik gerakan parti di Simpang Renggam seawal 8 pagi sebelum berarak ke MDSR.

Suasana di sekitar pusat penamaan calon turut meriah dengan kehadiran penyokong Pakatan Harapan (PH), yang berkumpul bagi mengiringi calonnya Nur Hafiz Roslan.

Nur Hafiz turut diiringi beberapa pemimpin Amanah, termasuk Naib Presidennya Mohd Hatta Ramli.

Penyokong PH turut melaungkan “reformasi” ketika berarak ke pusat penamaan calon.

Nur Hafiz menjadi calon pertama memasuki MDSR pada 8.54 pagi, diikuti Onn Hafiz pada 9.02 pagi.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz memenangi kerusi Machap dengan majoriti 6,543 undi.

PRN Johor ke-16 ditetapkan berlangsung pada 11 Julai ini.
 
bukan main balun Puad Zarkashi cakap UMNO bukan parti warisan pusaka nak turunkan ke ahli keluarga...

tup2 penamaan calon pak saudara hantar anak saudara jadi calon..kepala pun dek betul... :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register